VIDEO Parah ditetak lima lelaki mabuk

Lelaki parah ditetak lima suspek selepas mangsa dikatakan menegur kumpulan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan mabuk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Jinjang, di sini, tengah malam semalam.


Dalam kejadian 12 tengah malam itu, mangsa berusia 23 tahun dikatakan menegur kumpulan suspek yang turut membuat bising di blok perumahan di kawasan kejadian sebelum mangsa dipukul dan ditetak.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, ekoran kejadian itu mangsa cedera di kepala, tangan dan kaki selepas menerima lapan tetakan.

"Keterangan awal diberikan mangsa memberitahu dia mengenali dua lelaki yang terbabit dalam kejadian serangan itu manakala tiga lagi suspek tidak dikenalinya," katanya dalam satu kenyataan media.


#dtrai ~ 13/10/15 Kes tetak di Intan Baiduri, Selayang. #dtrnews #dtrcrewmarco
Posted by DAily TRaffic REport on Tuesday, October 13, 2015
Menurutnya, polis kini sedang mengesan dua lelaki dikenali sebagai Gani dan Aravin bagi membantu siasatan.

- See more at: http://ift.tt/1LLflsL

Related Posts :

0 Response to "VIDEO Parah ditetak lima lelaki mabuk"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect