Enam sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak lelaki maut selepas Toyota Camry yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori treler di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Perasing, Kemaman, di sini, tengah hari tadi.
Nahas dipercayai berlaku apabila pemandu kereta Camry berkenaan yang datang dari arah Kuala Terengganu menuju ke Kuantan, gagal mengawal kenderaan sehingga merempuh bahagian belakang sebuah lori treler yang berhenti di lorong kecemasan.
Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Noor Amira Syahirah Alias, 22; Aliff Hateem Azaman, 16, dan Azaman Ramli, 49.
Tiga lagi mangsa belum dikenal pasti.
Difahamkan, ketika kejadian keadaan jalan agak licin kerana hujan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian.
0 Response to "6 Maut Nahas Kereta Rempuh Treler di LPT2 [10 GAMBAR]"
Post a Comment