SAYA PUN AKAN RAHSIAKAN JIKA MEMELUK ISLAM NANTI – MARSHA

Penyanyi dan juga pelakon Marsha berkata, berita mengenai penyanyi Stacy yang telah memeluk Islam disambut baik. Menurut Marsha, sebelum ini, Stacy sendiri pernah meminta pendapat darinya tentang hasratnya (Stacy) untuk memeluk Islam.

Marsha-Sambut-Baik-Stacy-Peluk-Islam“Stacy pernah bertanyakan pendapat dan meminta pandangan dari saya mengenai hasratnya untuk memeluk agama Islam. Semua itu berlaku sebelum dia memeluk Islam lagi,” kata Marsha.

Tambahnya lagi, dia berasa gembira apabila akhirnya Stacy telah memilih jalan yang dia mahukan selama ini dan menganggap itu adalah ketentuan takdir untuk Stacy.

“Saya gembira akhirnya dia telah menemui jalan yang dia mahukan selama ini dan Stacy itu sudah saya anggap seperti adik saya sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Marsha turut berkata sekiranya suatu masa nanti dibuka pintu hatinya untuk memeluk Islam dia juga akan merahsiakan perkara tersebut daripada umum kerana itu adalah bersifat peribadi dan sensitif.

“Benda ini sangat personal mungkin akan rahsiakan juga dan akan memberitahu apabila tiba masa yang sepatutnya,” tambahnya.

0 Response to "SAYA PUN AKAN RAHSIAKAN JIKA MEMELUK ISLAM NANTI – MARSHA"

Post a Comment