Lelaki sebelum berkahwin memang control macho, nampak gagah terlebih dan sentiasa berdikari. Lepas kahwin, biasanya ciri-ciri tersebut tetap masih ada namun nisbahnya jatuh sedikit. Iyerlah, dah ada isteri tercinta. Sekali sekala bermanja apa salahnya kan? Abang Nara kadangkala pun bila demam selalu buat-buat lemah badan melampau. Padahal demam sikit je. Saja nak bermesra dengan wife tercinta. Hehehe.
Pasangan suami isteri baru iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha juga nampaknya mengalami ‘sindrom’ ini. Hehehe. Menurut Hanis, kemanjaan suaminya itu semakin bertambah selepas mereka berkahwin. Kata Hanis:-
Tentang perbezaan selepas kahwin, Hairul mungkin dilihat lebih tenang. Kalau dulu, saya nampak dia sibuk mengumpul harta sebelum kahwin dan lebih risau serta mahu meminang saya sebelum orang lain melakukannya.
Kini, Hairul tampak gembira dalam ruangnya sendiri. Dahulunya, dia tidak menunjukkan dirinya manja, tetapi sekarang, dia menjadi lelaki yang lebih manja dan penyayang. Kami juga semakin rapat dan lebih kenal keluarga masing-masing,
Sesungguhnya manja dengan suami atau isteri masing-masing adalah perkara wajib dilakukan. Yang si pasangan pun kenalah melayan. Kang kalau tak layan, tak pasal-pasal suami atau isteri pergi bermanja dengan orang lain. Itu memang bahaya tue. Memang dah banyak perkara sebegitu terjadi. Selagi boleh layankan perangai pasangan korang, layankan je lah. Yang penting bahagia. Tak gitu? Sumber
0 Response to "Hanis Zalikha Dedah Perubahan Sikap Hairul Azreen Selepas Berkahwin"
Post a Comment