Kontroversi terbaru yang melanda pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya apabila Scha memakai baju yang kurang sesuai ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week menerima kutukan netizen.
Teruk Awal dikecam kerana membiarkan isterinya bergaya sebegitu. Namun bukanlah semua mengutuk Awal dan Scha. Hanya segelintir sahaja dan mereka ini adalah ‘haters’. Kata Awal:-
Haters sentiasa mencari jalan untuk membenci, sebab itu mereka dipanggil dengan nama demikian. Kenapa kami perlu fokus kepada segelintir yang berfikiran negatif sedangkan masih ada ratusan ribu lagi yang cukup positif dalam menerima apa yang saya dan isteri paparkan di laman sosial?
Justeru saya tidak terlalu memikirkan apa yang berlaku di laman sosial dengan terperinci kerana ia sekadar tempat untuk saya kongsikan gambar dan aktiviti harian kami. Kalau tak suka atau meluat, itu bukan masalah kami.
Tiada apa yang perlu diperkatakan terhadap golongan negatif seperti ini. Bagi saya, mereka tidak wujud dalam kamus hidup ini, jadi ia sekadar membuang masa. Setiap institusi kekeluargaan ada cara yang tersendiri untuk dikendalikan. Keluarga saya tak mungkin sama dengan keluarga orang lain dan begitulah sebaliknya.
Kepada mereka yang berasakan apa yang mereka lakukan itu sempurna, tidak mengapa. Teruskanlah berfikiran begitu asalkan jangan menghukum orang lain yang anda tak tahu sama ada apa yang mereka lakukan itu mungkin lebih betul, lebih baik atau mungkin lebih sempurna daripada apa yang anda mampu lakukan.
Betul juga kata Awal Ashaari itu. Namun golongan selebriti juga perlulah lebih berhati-hati agar tidak melakukan perkongsian yang mampu menimbulkan kontroversi.
0 Response to "ISU DIKRITIK KERANA BENARKAN ISTERI BERPAKAIAN SEKSI – INI PESANAN AWAL ASHAARI KEPADA ‘HATERS’"
Post a Comment