Baru-baru ini pelakon dan pengacara Neelofa berkongs gambar siput Escargot di laman Instagram. Disebabkan gambar tersebut, peminat berbalah mengenai status halal haiwan berkenaan. Memetik sumber Harian Metro hari ini, Neelofa mengakui tidak mengetahui tentang perkara berkenaan.
“Saya jadi terkejut apabila ia menimbulkan perbalahan antara pengikut di Instagram selepas saya memuat naik gambar itu. Saya amat teliti dan menitikberatkan makanan yang saya ambil termasuklah gambar yang mahu dikongsikan kepada umum”
“Kalau saya tahu status halalnya meragukan sudah tentulah saya takkan sentuh pun makanan itu,” katanya mengakui dia memakan siput berkenaan kerana dimaklumkan ia boleh dimakan sejak dia kecil lagi. Dia turut menjelaskan akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.
Sebelum ini melalui semakan kami di laman web rasmi Fatwa Malaysia, e-Fatwa mengesahkan status Escargot adalah haram dimakan umat Islam.
0 Response to "ISU MAKAN ESCARGOT – NEELOFA AKUI TIDAK TAHU IANYA HARAM DIMAKAN"
Post a Comment