Derma RM2.6Billion: Ketika Mufti Lain Butakan Mata, Pekakkan Telinga.. Dr. Asri Perkatakannya.. Bacalah!!


Sesungguhnya kita rakyat Malaysia ini masih beruntung kerana masih ada agamawan yang sanggup bangun untuk menegur Kerajaan..

Ketika Mufti-mufti lain membutakan mata, memekakkan telinga.. Dr. Asri bangun mempersoalkannya.. dan menjelaskan hukumnya dari sudut Islam..

Jangan pula kerana tegurannya ini jawatannya sebagai Mufti Perlis dilucutkan..

Jumlah atau nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa atau pegawai boleh dianggap rasuah jika tujuannya adalah kerana kedudukannya, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. 
Mufti Perlis itu berkata, seseorang penguasa, pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan dipegangnya atau tidak. 
"Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu rasuah. Kesan itu sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya dalam kenyataan Facebook, hari ini. 
Asri berkata, sebaliknya jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah. 
Katanya, situasi itu seperti memberikan hadiah kepada sahabat walaupun penerimanya adalah seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan. 
"Namun pemberian itu bukan kerana kedudukan atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah," katanya - The Malaysian Insider

Ini apa yang ditulis Dr. Asri di laman Facebook miliknya..

Menilai Hadiah 
Sabda Nabi s.a.w: 
فَمَا بَالُ العَامِلِ نَسْتَعْمِلُهُ، فَيَأْتِينَا فَيَقُولُ: هَذَا مِنْ عَمَلِكُمْ، وَهَذَا أُهْدِيَ لِي، أَفَلاَ قَعَدَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَنَظَرَ: هَلْ يُهْدَى لَهُ أَمْ لاَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لاَ يَغُلُّ أَحَدُكُمْ مِنْهَا شَيْئًا إِلَّا جَاءَ بِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى عُنُقِهِ 
“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. 
"Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari). 
Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak. 
Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah. 
Kesan itu samada secara langsung atau secara tidak langsung. Jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah. 
Ini seperti kita memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan. 
Namun pemberian itu bukan kerana kedudukan atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah. 
Jumlah ataupun nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa ataupun pegawai yang pasti tidak diberikan jika tidak kerana kedudukannya, maka itu pasti rasuah.



Related Posts :

0 Response to "Derma RM2.6Billion: Ketika Mufti Lain Butakan Mata, Pekakkan Telinga.. Dr. Asri Perkatakannya.. Bacalah!!"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect