Lihat Gambar Di Sini
Seorang gadis yang dipaksa menjadi hamba seks oleh anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), merayu rumah pelacuran tempat dia ditahan dibom, setelah mendakwa dirogol 30 kali oleh beberapa anggota militan.
Difahamkan, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu, ditahan sebagai tawanan jihad di suatu lokasi di barat Iraq, oleh anggota militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai Sinjar, awal Ogos lalu.
Mangsa dikatakan telah menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan yang dikenali sebagai ‘Peshmerga Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon sebuah rumah pelacuran yang mengumpulkan wanita dijadikan hamba seks, dibom bagi menamatkan kesengsaraan mangsa.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Pengalaman perit mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu bual BBC di London.
Aktivis dikenali sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai demonstrasi di United Kingdom, semalam, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap nasib wanita di Timur Tengah.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
“Jika anda tahu di mana kami, sila bom kami. Tidak ada kehidupan selepas ini. Saya akan membunuh diri, kerana ramai telah membunuh diri mereka, pagi ini.
“Saya telah dirogol 30 kali dan tiada waktu rehat untuk makan tengah hari. Saya tidak boleh pergi ke tandas. Sila bom kami,” cerita Karam yang memetik keluhan mangsa yang tidak henti menangis dalam perbualan telefon berkenaan.
Lihat Gambar Di Sini
Related Posts :
5 Gambar..Cantiknya Fazura di FFM27.. Tahniah Nur Fazura, menang pelakon wanita terbaik semalam di Festival Filem Malaysia 27. Tampil dengan busana Riezman Ruzaini, Fazura nam… Read More...
Budak Klang tumpaskan dua penyamun berparang jam 3 pagi TUMINAH mencium Amar di Kampung Budiman, Meru, Klang. Gambar kecil, lelaki Indonesia yang ditahan penduduk selepas memecah masuk rumah… Read More...
ANNE NGASRI LUAH RASA KECEWA TERHADAP TUN DR MAHATHIR?Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghadiri himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini agak mengecewakan, kata Ketua Pute… Read More...
Status Khas Buat Mereka Belum Punyai Anak..'Percaturan Allah Tak Pernah Silap..' Percaturan Allah Yang Tak Pernah Silap! Status ni buat pasangan suami isteri yang masih blum mmpunyai cahaya mata. Kadang2 k… Read More...
SENARAI PENUH PEMENANG MALAM FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 27Tahniah diucapkan kepada para pemenang di Festival Filem Malaysia ke-27 (#FFM27) yang berlangsung malam tadi. Berlangsung di Dewan Plen… Read More...
0 Response to "Saya Telah Dirogol 30 Kali, Tiada Waktu Rehat Untuk Makan Tengahari (GAMBAR-GAMBAR)"
Post a Comment