Phnom Penh: Seorang wanita yang mencurah ke kepala bekas kekasihnya ketika membonceng motosikal lelaki itu turut melecur teruk selepas bahan itu ditiup angin ke mukanya.
Tindakan Ung Limey, 21, bukan sahaja mencederakan bekas kekasihnya Leng Socheata, 23, tetapi lebih malang lagi, motosikal yang mereka naiki kemalangan selepas Ung bertindak mencurahkan asid itu.
Leng dibawa ke hospital manakala Ung melarikan diri sebelum polis tiba. Dia dipercayai mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Jurucakap polis daerah Prampi Makara Mok Borunchhorsak berkata: “Kami kini memburu wanita itu. Dia dipercayai mahu membalas dendam kerana ditinggalkan apabila hubungan tidak direstui keluarga mangsa.”
Media tempatan menyiarkan gambar Ung dengan wajah dibalut.
Bapa saudara Leng, Sok Sorin berkata, mereka memujuk lelaki itu meninggalkan Ung selepas wanita itu ditahan kerana mencuri barang kemas selain menagih dadah.
“Dia memutuskan hubungan namun beberapa hari kemudian Ung datang menemuinya dan mereka keluar dengan motosikal,” katanya.
Mok mengesahkan Ung pernah ditahan sebelum ini.
Related Posts :
Peminat Pertikai Cara Kehidupan Nora Danish Dan Fasha Sandha Untuk Membesarkan Raykal Baru-baru satu foto Nora Danish berhibur di pusat kelab malam menimbulkan perbalahan antara peminat Nora Danish. Ramai yang menyifatka… Read More...
Kisahnya Disebalik Wajah Comel Bayi Ini Yang Menyentuh Hati... Baru sebentar, telefon berdering... "Assalamualaikum puan." Terdengar suara esakkan dihujung talian. "Saya nak masuk Baitus Solehah, boleh… Read More...
(VIDEO) ZIANA ZAIN PERJELAS PUNCA SEBENAR MIKROFON ‘TERBANG’ KETIKA PERSEMBAHANGara-gara losyen tangan, penyanyi Ziana Zain terpaksa menanggung malu apabila mikrofon yang digunakannya ‘terbang’ ketika membuat persembaha… Read More...
"Kerja apa jer isteri buat dirumah? bersepak sangat ni kenapa?" - Suami Dari Facebook Joe Zixx Kerja apa jer isteri buat dirumah? Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, sura… Read More...
Video : Saat-saat cemas dan foto-foto ngeri mayat letupan bom di Bangkok Dua rakyat Malaysia antara yang terbunuh dalam letupan bom di bahagian tengah Bangkok, malam tadi, yang turut menyebabkan berpuluh-puluh or… Read More...
0 Response to "SIMBAH ASID KE MUKA KEKASIH TETAPI KENA MUKA SENDIRI"
Post a Comment