Sayu : Wanita luah rasa kecewa sikap netizen kecam ibu tak menyusukan anak sehingga bunuh diri


Susulan kejadian seorang wanita yang baru 10 hari melahirkan anak bertindak terjun dari tingkat 16 bangunan rumahnya sehingga maut, seorang wanita meluahkan rasa kecewanya dengan sikap sesetengah pihak yang sering mempertikaikan penggunaan susu formula.

Wanita itu, menggunakan nama Farah Yunus di akaun Facebooknya menyelar sikap sesetengah wanita yang bergelar ibu yang seolah-olah memberi tekanan kepada mereka yang tak mampu menyusukan anak sendiri.



Ujarnya, kebolehan seseorang wanita untuk menyusukan anak datangnya daripada rezeki Allah SWT.

Malah adalah tidak patut untuk terus memberi tekanan kepada seseorang itu sehingga memaksakan mereka mengambil jalan singkat untuk membuat apa sahaja tindakan, termasuk membunuh diri.




Dua hari lalu seorang wanita yang baru 10 hari melahirkan anak dipercayai telah terjun dari tingkat 16 pangsapuri di Bangsar South kerana kecewa gagal menyusu badan anaknya.

Wanita yang dipercayai seorang akauntan berusia 30 tahun itu telah menyerahkan anaknya kepada pembantu rumah untuk diberikan susu selepas bayinya itu menangis dan beliau masuk ke dalam bilik.

Semasa memasuki biliknya dia dikatakan telah terjun dan mayatnya ditemui oleh pengawal keselamatan berlumuran darah ditingkat bawah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. -Credit Siakapkeli.my

0 Response to "Sayu : Wanita luah rasa kecewa sikap netizen kecam ibu tak menyusukan anak sehingga bunuh diri"

Post a Comment