Sayu : SPM lagi seminggu namun Suraya sudah pergi menghadap ilahi (3Gambar)

Dikala rakan-rakan sebaya sibuk membuat persiapan untuk menghadapi SPM yang akan bermula 2 November ini, Intan Suraya 17' telah dijemput ilahi dalam keadaan yang amat tragis.

Mayat seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima ditemui dengan kesan kelar di leher di rumah pangsa keluarganya di Bandar Baru Teluk Kumbar, dekat sini malam tadi.

Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar dekat sini ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya yang pulang ke rumah pada kira-kira jam 7.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad, berkata semasa bapa mangsa yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu pulang ke rumah mereka, beliau memanggil anaknya itu, namun tidak disahut.

Katanya, bapa mangsa terus ke bilik anak sulungnya itu dan didapati mangsa dalam keadaan berselimut di atas katil dan selepas menyelak selimut berkenaan, beliau mendapati anaknya itu sudah tidak bernyawa. 

"Mangsa masih lengkap berpakaian dan kita percaya ada kesan pergelutan berdasarkan keadaan bilik berkenaan. Polis masih menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian dekat sini malam tadi.

Siti Nor Salawati berkata polis turut menjumpai bantal peluk yang terdapat kesan darah di ruang tamu rumah berkenaan. 

"Siasatan juga mendapati tiada kesan pecah pada mana-mana pintu atau tingkap rumah dan tiada sebarang senjata ditemui dalam bilik mangsa atau rumah berkenaan," katanya. Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an dipercayai teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan dan menjumpai dua bilah pisau dipercayai telah dibuang bersama telefon bimbit kepunyaan mangsa di Bayan Lepas. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman hari ini, katanya. Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata kali terakhir mangsa berhubung dengan ibu bapanya ialah menerusi khidmat pesanan ringkas pada kira-kira jam 12 tengah hari, meminta supaya dihantarkan makanan. 

Kini seorang pengawal keselamatan disebuah sekolah di Bayan Lepas di tahan kerana disyaki membunuh arwah suraya, semoga dia mendapat hukuman setimpal atas perbutan nya. AL-FATIHAH BUAT SURAYA 

0 Response to "Sayu : SPM lagi seminggu namun Suraya sudah pergi menghadap ilahi (3Gambar)"

Post a Comment