Kuala Kubu Bharu : Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, yang hilang sejak enam hari lalu, dikatakan pernah beberapa kali meminta makanan daripada penduduk Kampung Orang Asli Buluh Telur di sini.
Anak ketiganya, Mohamad Irfan Ruzilan, 20, yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat, berkata beberapa penduduk kampung menyatakan ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.
"Mereka kata ibu pernah ketuk pintu rumah pada sebelah malam meminta makanan...malangnya mereka hanya memberikan makanan tetapi tidak tahu ibu sebenarnya hilang dan tidak sihat," katanya di sini, hari ini.
Jashiah, 53, kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya petang Jumaat lalu, dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang mendapati pintu rumah terbuka manakala Jashiah tiada di rumah.
Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.
Seorang penduduk kampung dikenali sebagai Zamri yang turut menyertai operasi berkata pada Sabtu lalu, iparnya ada memberikan makanan kepada mangsa.
"Ipar saya kata Jashiah meminta makanan dan kemudian meminta dihantar ke kawasan berhampiran hutan simpan (Bukit Kutu)," katanya.
Mohamad Irfan berkata, selepas mengetahui ibunya hilang, dia segera pulang ke rumah Ahad lalu.
“Saya sepatutnya mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Mahasiswa UiTM di Kedah tetapi saya tarik diri sebab nak cari ibu," katanya.
Beliau berkata sejak ibunya menjalani rawatan kimoterapi Mac lalu, akibat barah payudara dihidapinya sejak dua tahun lalu, ibunya kelihatan murung dan pernah menghilangkan diri pada Ogos lalu sebelum ditemui di Seremban.
"Ibu memang sedikit emosi selepas menjalani rawatan kimoterapi apatah lagi apabila kami adik-beradik masing-masing sudah bekerja dan belajar, dan hanya pulang sekali sekala.
"Ibu pernah hilang sehari dan ditemui di Seremban dengan memandu keretanya," kata Mohamad Irfan yang kali terakhir berbual dengan ibunya menerusi telefon, sehari sebelum Jashiah dilaporkan hilang.
Mohamad Irfan berkata ibunya sudah tidak ke sekolah sejak Mei lalu, dan urusan berkaitan tugasan, guru lain datang ke rumah.
“Ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu dan tinggal di kuarters bersama ayah, pesara tentera. Seminggu sekali ibu dan ayah pulang ke rumah kami di Taman Seri Seruling," katanya.-HM
PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
ReplyDeleteTerima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 Terima kasih