Johor Bharu : Seorang pemandu kereta Porsche maut dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 2.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di sini pagi tadi.
Kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi sewaktu hujan lebat itu turut mengorbankan seorang penunggang motosikal.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Jasni Saidin, berkata pemandu kereta Porsche dikenali sebagai Lim Foo Yong, 39 dari Taman Molek di sini, manakala penunggang motosikal ialah Amerul Fadzly Abdul Halim, 32 dari Kangar, Perlis.
Jasni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 6.22 pagi dan menghantar sebuah jentera bersama enam keanggotaan ke tempat kejadian.
Apabila tiba di lokasi, mayat Lim, katanya tersepit di bawah tempat duduk pemandu manakala Amerul terlantar di atas jalan raya.
Kedua-duanya kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk tindakan lanjut. - Bernama
Related Posts :
"Ke hadapan Ustazah Fatimah Syarha yang saya kasihi"Tulisan ini dikongsikan oleh Cik Syahira Hozami, seorang graduan pengajian Islam dan Sains (Genetik & & Biologi Molekul) daripada Un… Read More...
Di Pasir Gudang Najib Tunjukkan Apa Itu 'Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-sorong'
Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Johor, Datuk Seri Khaled Nordin hari ini mendedahkan Datuk Seri Najib Razak meminta merasmikan mesyuarat… Read More...
Kisah Benar Suami Yang Tabah Ketika Isteri Bersalin Secara Pembedahan Ini Yang Penuh Dengan Pengajaran
Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau ker… Read More...
2 Gambar..Raja Farah Bertunang...Pelakon Raja Farah, 27, selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 33 tahun di kediaman keluarganya di sini, tengah hari… Read More...
Anda Mahu BR1M Lagi? Jika Anda Tidak Mahu, Saya Boleh Tarik Balik - Najib Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dengan nada mengusik berkata sekiranya rakyat tidak memerlukan BR1M, beliau boleh me… Read More...
0 Response to "Sayu : Pemandu Porshe dan motosikal maut kemalangan ngeri pagi tadi (6Gambar)"
Post a Comment