Sayu : Kakak dan adik 7 dan 6 tahun rentung berpelukan dibawah katil rumah keluarga terbakar (6Gambar)


Melaka :  Dua beradik perempuan ditemui maut dalam keadaan meniarap dan berpelukan selepas rumah mereka di Taman Tanjung Minyak, di sini, terbakar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Nur Maisarah Balqis Rosghazali, 7, dan adiknya, Nur Qalisha Balqis, 6, ditemui berpelukan di bawah katil di bilik tidur rumah berkenaan oleh anggota bomba.

Timbalan Penguasa Bomba (Bahagian Operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd Din berkata, selain kedua-dua kanak-kanak itu, seorang lelaki juga bapa mangsa turut dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.




“Ketika ditemui kakak ditemui memeluk adiknya dari belakang seolah-olah melindungi adiknya itu daripada api dan mereka dipercayai menyorok di bawah katil.

“Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa yang berada di luar rumah cuba menyelamatkan kedua-duanya namun gagal masuk ke dalam rumah yang berkunci,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Sementara itu, bapa mereka, Rosghazali Shafie, 40-an, dikatakan berada di luar rumah ketika kejadian dan gagal menyelamatkan kedua beradik itu apabila pintu hadapan dan belakang rumah berkunci sebelum mereka sesak nafas dan pengsan.

Sementara datuk mereka, Sapiee Mat Dom, 69, yang kemudian berjaya memecahkan pintu dan masuk ke bilik tengah berkenaan tidak menemui dua kanak-kanak berikutan keadaan gelap dan asap hitam yang memenuhi bilik berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua beradik berkenaan kini tinggal bersama bapa mereka kerana ibunya kini berada di Arab Saudi bertugas sebagai jururawat.

Related Posts :

0 Response to "Sayu : Kakak dan adik 7 dan 6 tahun rentung berpelukan dibawah katil rumah keluarga terbakar (6Gambar)"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect