Sayu : Dia maut kemalangan selepas dua jam mandikan jenazah pak cik nya (3Gambar)

Kuala Lumpur: “Arwah sepupu saya, MohdRazman sempat memandikan jenazah pak cik kami yang meninggal dunia pagi tadi (semalam). Tidak sangka dia maut dalam kemalangan jalan raya dua jam kemudian,” kata Mohd Shahril Johari, 31.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, mangsa, Mohd Razman Abdul Karim, 41, maut selepas kereta dipandu merempuh tembok konkrit di susur Jalan Jelatik, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) di sini.

Kemalangan itu turut menyebabkan seorang wanita warga Indonesia yang membantunya berniaga nasi lemak cedera parah.

Mohd Shahril berkata, dia dan arwah bersama-sama mengurus dan memandikan jenazah pakcik mereka jam 5.30 pagi semalam.

“Saya sempat mengusiknya dan bertanya dia dia akan berkahwin. Saya tidak percaya itu perbualan terakhir kami,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini. -HM

Related Posts :

0 Response to "Sayu : Dia maut kemalangan selepas dua jam mandikan jenazah pak cik nya (3Gambar)"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect