Sayu : Detik detik pilu ibu Hajjah Fatimah Abd Latif Pergi berkerusi roda Balik berdiri [ Video ]

Sepang: Seorang jemaah haji tidak menyangka boleh berjalan semula sewaktu berada di Madinah sedangkan sebelum ini dia mengidap angin ahmar yang mengakibatkan lumpuh badan sebelah kiri sejak lima tahun lalu.

Jemaah haji Fatimah Abd Latif, 60, berkata, dia menyedari kakinya boleh bergerak semula selepas bangun tidur dan mahu bersiap menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi.

"Saya terus memanggil anak perempuan supaya memeriksa kaki kiri kerana masih tidak percaya dengan apa yang dialami pada waktu itu.


"Kemudian, saya cuba bergerak tetapi hanya dapat bergerak tiga langkah sahaja. Bagaimanapun, saya cuba lagi bergerak dengan bantuan anak dan menantu untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Seramai 455 jemaah haji yang tiba ke tanah air dari Madinah menerusi penerbangan pulang terakhir pesawat sewa khas Malaysia Airlines Berhad MH8289.

Hadir sama menyambut ketibaan jemaah haji ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom,
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai
Eksekutif TH Datuk Seri Ismee Ismail.

Fatimah berkata, ketika mula tiba di Madinah seterusnya bergerak ke Makkah dan menunaikan wukuf di Arafah, dia memerlukan kerusi roda untuk bergerak.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana setiap hari saya berdoa termasuk di hadapan Kaabah memohon supaya kaki kiri boleh bergerak dan sihat untuk menunaikan ibadah.

"Allah memakbulkan doa saya dan kami sekeluarga berasa terharu, sebak serta bersyukur atas nikmat ini," katanya. -HM

Related Posts :

1 Response to "Sayu : Detik detik pilu ibu Hajjah Fatimah Abd Latif Pergi berkerusi roda Balik berdiri [ Video ]"

  1. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak Kusniadi. Dari Bogor. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib coba hubungi nomor hp MBAH JEJE TRIJAYA katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi MBAH JEJE TRIJAYA, dan saya menceritakan semuanya, tenteng keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya MBAH JEJE TRIJAYA,saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib MBAH JEJE TRIJAYA bagi yang berminat hubungi MBAH JEJE TRIJAYA di nomor ini: 0823 3737 6471 dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaibnya demih allah demi tuhan...ini kisah nyata dari saya,terima kasih.

    ReplyDelete

Recent Post With Sliding Effect