Rozita Che Wan Dedah Pendapatan Sebulannya RM200K Hasil Bisnes Lebih banyak daripada Berlakon


Peminat-peminat Rozita Che Wan pastinya mengikuti perkembangan beliau yang sering sahaja mengemaskini akaun instagramnya menunjukkan betapa mewahnya Che Ta.
Gambar-gambar terkini beliau bercuti di Sydney bersama keluarga serta pakaian mereka yang berjenamana mewah membuatkan ada orang yang ingin tahu tentang kemewahannya.
“Biasalah mulut orang. Padahal ramai yang tahu saya turut sibuk dengan perniagaan saya. Itu adalah sumber pendapatan utama. Setakat ini saya menjalankan sebanyak empat jenis perniagaan iaitu syarikat produksi, bidang fesyen menerusi label Padusi, minyak wangi (Precious dan Gorgeous) dan tak lama lagi produk kecantikan pula,” jelasnya kepada mStar Online.
Che Ta turut memaklumkan bahawa dia kini akan memilih tawaran dalam lakonan dan akan melakonkan watak yang berbeza di samping beliau sekarang lebih fokus kepada bidang perniagaan yang diceburinya.
"Saya fikir macam ni, jika berlakon saya raih pendapatan kira-kira RM70,000 sebulan. Tetapi dengan perniagaan, saya boleh buat sehingga RM200,000 sebulan. Jadi saya fikir, lebih baik berniaga sendiri dan saya pun puas hati apabila penat lelah kita bersengkang mata sampai ke pagi berhasil”
“Berbeza dengan kerjaya lakonan. Tetapi lakonan memberi populariti di mana ia boleh membantu meningkatkan perniagaan yang dijalankan,” katanya lagi. rotikaya

Related Posts :

0 Response to "Rozita Che Wan Dedah Pendapatan Sebulannya RM200K Hasil Bisnes Lebih banyak daripada Berlakon "

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect