
Baru sahaja mempersoalkan pemberian watak utama kepada pelakon pelapis, Sharnaaz Ahmad tampil memberi sedikit kata-kata pedas buat mereka yang sekadar bergantung pada paras rupa. Kata Sharnaaz:-
Maaf, mungkin apa yang saya luahkan ini agak kasar tetapi ketika ini, saya tidak nampak pelakon pelapis yang mampu melangkah ke depan. Kebanyakan mereka terlalu bergantung kepada paras rupa. Bukan mahu menjatuhkan semangat pelakon baharu, tetapi mereka perlu dididik supaya mengutamakan bakat sebelum dilimpahi populariti.
Mereka perlu melangkah dari bawah, diajar dengan watak sampingan sebleum diberi kepercayaan membawa watak utama. Saya dulu terpaksa melalu pelbagai uji bakat dan berusaha melakukan yang terbaik kerana ingin merebut peluang.
Ketika itu watak besar hanya diberikan kepada pelakon yang sudah mempunyai nama. Layanan seperti itu membuka mata dan membuatkan saya belajar menghormati orang, kerja serta masa. Hanya dengan displin dan setelah mampu berfikir secara matang, baru saya mendapat kepercayaan membawa bawatak utama.
Saya mohon, jangan terlalu mengangkat pelakon baharu kerana apabila dijulang tinggi, mereka akan riak. Disebabkan itu kebanyakan pelakon hari ini lupa untuk memperbaiki bakat dan hanya mengejar populariti. Jangan terlalu cepat bersinar kerana nanti, kerdipan yang pantas itu akan malap sebelum waktunya.

0 Response to "Pelakon Pelapis Terlalu Bergantung Kepada Paras Rupa – Sharnaaz Ahmad"
Post a Comment