sekadar gambar hiasan
$Di sebuah kampung, ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin dengan 2 anak. Nak dijadikan cerita, pada suatu malam tiba-tiba bekalan elektrik terputus dan dengan bantuan cahaya handphone, gadis itu ke dapur mahu mengambil lilin.
Tiba-tiba kedengaran ada yang mengetuk pintu. Apabila dibuka, ternyata seorang anak miskin yang tinggal di sebelah rumahnya berdiri tercegat di hadapan pintu. Anak itu bertanya dengan risau, "Kakak, ada lilin tak?"
Dengan spontan terdetik hati gadis itu, "Jangan pinjamkan, nanti jadi satu kebiasaan untuk jirannya ini terus-terusan meminta." Maka, dengan pantas si gadis menjawab, "Tidak ada!".
Lalu si anak miskin itu berkata riang, "Saya sudah agak kakak tidak ada lilin, ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak, kami khuatir kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin.
Mendengar jawapan si anak miskin tadi, si gadis merasa bersalah dan dalam linangan air mata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.
Moral of the story: Jangan menilai keburukan orang lain hanya kerana mereka kelihatan serba kekurangan dibandingkan dengan diri kita. Ingat! kekayaan tidak bergantung seberapa banyak yang kita PUNYA, tetapi seberapa kita MAMPU untuk BERBAHAGI kepada mereka yang TIDAK MAMPU. Miskin bukan bererti tidak PUNYA APA-APA dan KAYA bukan bererti PUNYAI SEGALANYA.
sumber asal
Home » Uncategories » Mesti Baca - Gadis Ini Tak Mahu Memberikan Lilinnya Kepada Si Miskin, Namun Jawapan Diberikan Si Miskin Membuatkan Si Gadis Menangis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Mesti Baca - Gadis Ini Tak Mahu Memberikan Lilinnya Kepada Si Miskin, Namun Jawapan Diberikan Si Miskin Membuatkan Si Gadis Menangis"
Post a Comment