Semalam kecoh di laman sosial apabila tersebarnya video seorang pekerja warga Bangladesh di pukul oleh seorang pelanggan di kedai mencuci kereta.
Tindakan pelanggan lelaki yang ganas itu dikecam hebat oleh netizen, rata-rata turut geram dan mahu lelaki berkenaan di bawa ke muka pengadilan.
Namun menurut seorang wanita yang dipercayai pemilik kepada Car Wash berkenaan, insiden itu tidak habis di situ apabila pekerjanya dipukul lagi di belakang kedai sehingga patah hidung.
Menurut wanita ini, pekerjanya dipukul lagi dibelakang kedai namun malangnya cctv tidak berfungsi. Terdahulu, lelaki ini dikatakan berang kerana pekerja warga Bangladesh tersebut telah mengotorkan keretanya.
Malah dia enggan membayar kos mencuci kereta dan meminta ganti rugi RM1000.
Difahamkan laporan polis telah dibuat. Apa-apa pun kita tunggu susulan daripada kes ini, harap dibawa ke muka pengadilan. Jangan kerana ‘pangkat’ kes ini dipandang remeh.
Sumber : Atie Abdul Hamid via OH BULAN
rakaman cctv seorang lelaki melayu memukul seorang bangla yg tgh cuci kereta kerana marah bangla masuk dalam kereta dan...
Posted by Atie Abdul Hamid on Saturday, October 17, 2015
0 Response to "Majikan Dedah Rupanya Pekerja Car Wash Dibelasah Teruk Lagi Di Belakang Kedai"
Post a Comment