MAKASSAR: Beberapa mayat dan kotak hitam milik pesawat Aviastar yang terhempas dibawa keluar dari kawasan Gunung Latimojong di selatan Sulawesi.
Pasukan penyelamat Indonesia yang menemui kedudukan pesawat Twin Otter itu berusaha mendapatkan kotak hitam yang mengandungi perakam data penerbangan untuk merungkai persoalan berhubung kejadian itu.
Kotak hitam itu ditemui di lokasi kejadian pada ketinggian 2,700 dari paras laut masih dalam keadaan baik dan diserahkan kepada pasukan penyiasat.
Pesawat Aviastar yang membawa tiga anak kapal dan tujuh penumpang termasuk seorang kanak-kanak dan bayi itu hilang selepas 11 minit berlepas dari Masamba menuju ke Makassar ketika cuaca baik pada Jumaat lalu.
Sumber berkata, empat mayat dibawa keluar dari lokasi nahas dengan menggunakan helikopter.
Sementara itu, jurucakap polis, Raden Harjuno berkata, pihaknya mendapatkan kerjasama 18 doktor untuk membantu proses pengecaman mayat penumpang pesawat berkenaan.
“Kami mengambil 12 doktor dari hospital Bhayangkara dan selebihnya adalah doktor dari beberapa hospital di Makassar,” kata.
Sebelum ini ada laporan mendakwa pesawat itu tidak mengikut laluan yang ditetapkan sebelum terhempas, tetapi dinafikan Aviastar.
Related Posts :
Pengerusi BNBBC Menjawab Soalan Mengenai 'Derma RM2.6B' Oleh Anak MB Johor.. Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad menjawab 15 soalan yang diajukan anak menteri besar Johor, A… Read More...
10 Foto Ngeri..Kemalangan Maut : Jasad Hancur Berkecai.. Sumber asal : Traffic Info Crew & Malaysian Respon Team … Read More...
Geram Di Rompak, Nenek Nekad Langgar 4 Perompak GanasGeram Di Rompak, Nenek Nekad Langgar 4 Perompak Ganas : Geram dirompak menyebabkan seorang mangsa nenek bertindak nekad melanggar empat penj… Read More...
VIRAL ! Dua Gadis Ini Bergaduh Besar Di Twitter Kerana Seorang Lelaki, Hensem Sangat Ke Lelaki Tu ??? Fuhh panas! panas! kalah drama petang-petang kat televisyen tu. Semalam kami terima kiriman dari follower kami di inbox bahawa terjadi nya… Read More...
Hazami Pengsan Angkara Pendarahan UsusHazami Pengsan Angkara Pendarahan Usus : Hazami kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di pusat perubatan di Kota Damansara, sejak ke… Read More...
0 Response to "Lagi Pesawat TERHEMPAS !!"
Post a Comment