Kerana Terlalu Rindu, Anak Ini Usap Screen TV Sangka Acong Arwah Ayahnya...

Minggu lalu telah berlangsungnya konsert pertama Gegar Vaganza 2 yang menghimpunkan penyanyi-penyanyi lama, bersaing merebut kejuaraan yang ditawarkan.

Ternyata ‘orang lama’ ini masih lagi mantap dan bertenaga walaupun ada antara mereka yang terkenal sekitar tahun 80-an. Bayangkan beberapa dekad yang lalu.

Namun yang paling menyentuh hati kami ialah cerita tentang seorang kanak-kanak berusia 2 tahun mengusap screen TV kerana menyangka Acong Sweetchild ayahnya yang telah meninggal. Sedih.




Nurraimi yang merupakan ibu saudara kepada kanak-kanak bernama Irfan ini memuatnaik sekeping foto berkenaan sehari yang lalu setelah sedih melihat gelagat anak saudaranya itu.

Difahamkan ayahnya meninggal dunia setahun yang lalu akibat denggi.

Mungkin dek kerana rindu, Irfan mengusap screen TV yang terpampar gambar Acong Sweetchild kerana menyangka itu bapanya.

Difahamkan juga nenek Irfan terpaksa merakam program Gegar Vaganza 2 kerana anak kecil itu sering meminta untuk menonton ‘ayahnya’ menyanyi.

Salam takziah buat keluarga Irfan.

Sumber : Nurraimi VIA OH BULAN 

0 Response to "Kerana Terlalu Rindu, Anak Ini Usap Screen TV Sangka Acong Arwah Ayahnya..."

Post a Comment