Kecoh Di KLCC Apabila Beg Pakaian Disangka Bom
Penemuan mencurigakan tiga bungkusan beg yang yang dikhuatiri mengandungi bom di KLCC menjadikan suasana agak kecoh.
Beg berkenaan yang ditemui diletakkan di bahagian tepi bagunan antara pintu masuk utama Suria KLCC dan pintu masuk Menara 2 KLCC membuatkan orang ramai cemas.
Susulan itu, polis dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) bergegas ke lokasi sejurus dimaklumkan tentang perkara itu.
Anggota UPB lengkap berpakaian kalis letupan dilihat telah memeriksa beg berkenaan dengan melakukan prosedur membabit tekanan bunyi kuat seperti letupan sebelum beredar keluar dari kawasan itu dengan membawa beg berkenaan kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Keramat dan Unit HAZMAT turut dipanggil pada jam 12.35 tengahari tadi untuk membantu memantau keadaan.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, sebentar tadi mengesahkan objek yang ditemui itu adalah hanya tiga beg berisi pakaian.
Related Posts :
Video : ibu tiri tetak anak lelaki berumur 5 tahun dengan kejam
Kejam seorang budak berumur 5 tahun di tetak ibu tirinya sendiri ,kejadian berlaku di henan china semalam.
Difahamkan budak berkenan masih … Read More...
Puting kosong dodoi bayi tidur
Alor Gajah: “Mungkin dia faham keadaan kami yang kesempitan wang kerana walaupun diberikan puting kosong, dia terus diam dan tidur,” kata… Read More...
Pesawat milik kerajaan ditawar untuk jualan..
Pesawat eksekutif Boeing Business Jet (BBJ) 737-700 yang pernah digunakan sebagai penerbangan rasmi ketua kerajaan Malaysia ditawar untuk … Read More...
Ngeri..Budak 5 Tahun Pula Ditetak Lebih 30 Kali..Astaghfirullah...China - Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah akibat ditetak oleh ibu tirinya sebanyak 30 kali, lapor SKYNEWS.
Difahamkan, mangsa yang be… Read More...
ISTERI EZAD LAZIM DINASIHAT BERSALIN AWAL KERANA HIDAP KANSER?Siapa sangka, banyak benar ujian dan dugaan buat penyanyi, Ezad Lazim. Jika sebelum ini, dia dikaitkan dengan kes salah laku dadah, kini, is… Read More...
0 Response to "Kecoh Di KLCC Apabila Beg Pakaian Disangka Bom"
Post a Comment