Gempar : Badan lelaki berapi melayang jatuh dari tingkat 17 Apartmen Sri Rampai (4Gambar)


Kuala Lumpur : Seorang lelaki maut selepas membakar dirinya sebelum terjun dari tingkat 17 sebuah apartmen di Taman Sri Rampai di sini, malam tadi.


Dalam kejadian pada 9.30 malam itu, lelaki yang belum dikenal pasti identitinya dan dianggarkan berusia sekitar 30-an mati serta merta di tempat kejadian. 





Pengurus keselamatan yang enggan dikenali, berkata mangsa bukan penduduk di apartmen berkenaan sebaliknya, dilihat masuk ke apartmen terbabit melalui pintu masuk utama sekitar pada jam 9.15 malam.

"Pergerakan mangsa dapat dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk dan dia dilihat menuju ke salah sebuah blok sebelum menaiki tangga ke tingkat 17.

"Beberapa saksi nampak mangsa dalam keadaan terbakar terjun dari tingkat berkenaan sebelum memaklumkan perkara itu kepada pengawal keselamatan yang kemudian menghubungi bomba dan polis," katanya. 

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 9.56 malam dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju serta Setapak dikejarkan ke lokasi. -BH 

0 Response to "Gempar : Badan lelaki berapi melayang jatuh dari tingkat 17 Apartmen Sri Rampai (4Gambar)"

Post a Comment