Gua Musang: Suami isteri maut selepas motosikal ditunggang tiba-tiba meletup dipercayai akibat bom buatan sendiri yang dipasang pada motosikal itu.
Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi tadi di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kampung Pulai, di sini ketika pasangan berusia 72 tahun itu dalam perjalanan ke kedai makan berdekatan untuk sarapan .
Kejadian yang berlaku kita-kira jam 9:30 pagi menggemparkan orang ramai yang sedang menjalankan aktiviti harian.
Mangsa yang tinggal di Kampung Batu Papan 2 di sini dikenali sebagai Ah Mok dan isterinya, Kim Fong berusia 70-an bekerja sebagai penoreh getah.
Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.
"Bom buatan sendiri itu berkenaan yang sudah dipasang pada motosikal meletup menyebabkan mayat kedua-dua mereka berkecai dan tercampak ke kawasan semak berhampiran," Katanya, mayat mangsa berkecai dan ada bahagian badan yang terputus tercampak kira-kira 100 meter ke kawasan berhampiran.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan kejadian dan memaklumkan seorang lelaki berusia awal 20-an dipercayai ada hubungan kekeluargaan dengan mangsa ditahan untuk membantu siasatan.
“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk motif kejadian sebenar .
"Kita turut dibantu pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan," katanya di sini, hari ini.
Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak mengaitkan insiden itu dengan isu perkauman, agama mahupun jenayah merentasi sempadan.
0 Response to "GEMPAR !!!! (7 Gambar) Sepasang Suami Isteri Maut Akibat Bom Meletup Atas Jalan...Sedih Betul.."
Post a Comment