Eizlan Yusof mahu rujuk Vie Shantie?

Dengar khabar yang Dato' Eizlan Yusof masih lagi menyayangi bekas isterinya, Vie Shantie. Buat masa ini Eizlan akui hubungan mereka berdua kini baik dan kemungkinan bakal bersatu semula dimana Eizlan akan berusaha merujuk kembali bekas isterinya itu.

“Hubungan kami masih baik dan Vie juga banyak membantu dalam menjaga kebajikan anak-anak. Bahkan dia juga tidak pernah menghalang bila saya mahu bersama dengan anak-anak pada bila-bila masa. Anak-anak juga pada saya cukup bertuah memiliki ibu seperti Vie yang menjaga sebaik mungkin kebajikan anak-anak”

“Memang saya mengharap untuk kembali dan berusaha ke arah itu. Doa-doakan ia berjaya,” -Eizlan

Untuk makluman, mereka bercerai pada bulan Februari yang lalu dengan dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia yang berumur antara dua hingga enam tahun.

0 Response to "Eizlan Yusof mahu rujuk Vie Shantie?"

Post a Comment