Disebalik Kisah Misteri... Apa Sebenarnya Berlaku Terhadap Mereka Di Sungai Perias?
Terlalu banyak cerita berunsur mistik berhubung kehilangan 7 orang kanak-kanak Orang Asli sejak 23 Ogos yang lalu.
Terlalu banyak cerita berunsur mistik berhubung kehilangan 7 orang kanak-kanak Orang Asli sejak 23 Ogos yang lalu.
Ada yang mengatakan mereka disorok oleh makhluk halus. Ada yang mengatakan mereka terlalu takut dan macam-macam lagi andaian yang dikeluarkan oleh ramai pihak.
Benar, bagaimana mungkin mereka langsung tidak dapat dikesan sedangkan lokasi tempat penemuan mayat Sasa Sobrie hanya sekita 500 meter daripada sekolah mereka dan kira-kira 1.5 Kilometer dimana lokasi penemuan Mirsudiar dan Norieen ditemui.
Walhal menurut pasukan penyelamat dan pencari, lebih 10 kali mereka berulang alik antara pos sementara pasukan SAR dengan lokasi pencarian dilakukan.
Bagi kalangan penduduk Orang Asli, mereka percaya kanak-kanak berkenaan disorok oleh makhluk halus sehingga mereka tidak mampu ditemui.
Malah ada khabar angin mengatakan, dua hari sebelum penemuan berkenaan, Pasukan Senoi Praaq telah mengadakan upacara “semah” kononnya memujuk entiti yang menyorokkan kanak-kana berkenaan “membebaskan mereka.
Malah, hampir semua pasukan pencari mengakui, mereka bagai tidak percaya akan penemuan berkenaan memandangkan lokasi penemuan kanak-kanak berkenaan adalah antara laluan mereka dala usaha pencarian.
Ada dakwaan mengatakan bahawa Mirsudiar dan Norieen ada diberi makan berupa buah-buahan setiap hari supaya mereka kekal hidup.Sebenarnya, apa yang berlaku adalah naluri kanak-kanak itu sendiri.
Dua minggu pertama kehilangan mereka, mereka tahu ada pihak sedang mencari mereka. Mereka sememangnya dalam satu kumpulan yang sama dan tidak pernah berpecah walaupun seorang demi seorang menemui ajalnya.
Namun akibat ketakutan, mereka hanya mendiamkan diri kerana masih bimbang dihukum oleh guru mereka.
Namun apabila masuk minggu ketiga, ditambah kematian Haikal Yaakub, dalam keadaan serba lemah, suara mereka meminta tolong tidak dapat lagi didengari.
Hal ini diakui oleh Norieen yang mengatakan, mereka berenam (setelah kematian Haikal) memang mahu pulang ke sekolah namun keadaan mereka terlalu lemah pada ketika itu.
Dengan usah pencarian yang dikembangkan hampir seluruh kawasan hutan di Gua Musang sehingga membawa ke Cameron Highland dan Sungai Siput, lokasi mereka kekal tidak dapat dikesan memandangkan lokasi persembunyian mereka adalah laluan yang paling jarang dilalui oleh mana-mana penduduk Orang Asli di kawasan sekitar.
Ditambah dengan anggapan, tidak mungkin kanak-kanak berkenaan sanggup melalui kawasan berkenaan menjadikan antara punca mereka tidak di temui dan diberi perhatian khusus oleh pasukan SAR.
Mirsudiar ketika menceritakan secara ringkas kepada pak ciknya memberitahu, mereka ada mendengar nama mereka di laungkan oleh pasukan mencari namun dengan keadaan yang terlalu lemah mengakibatkan mereka tidak mampu untuk membalas.
Apa yang mampu mereka lakukan hanyalah menangis dan berdoa semoga lokasi persembunyian mereka dikesan oleh mana-mana pihak.
Apapun, tiada manusia yang sanggup mmelihat seorang demi seorang yang kita kenali menemui ajal dihadapan mata kita. Ianya seumpama sebuah filem fiksyen yang selalu kita lihat namun percayalah, baik Mirsudiar mahupun Norieen, mereka mengalami perkara berkenaan malah mereka tidur bersama mayat rakan mereka yang telah “pulang” terlebih dahulu.
Mereka hanya berumur 11 dan 10 tahun. Tiada apa yang mampu menghilangkan trauma yang mereka alami. Namun semangat setiakawan dan sifat menjaga rakan-rakan yang lain sewajarnya dipuji dan dihargai.
Tenanglah Juvina David, Sasa Sobrie, Ika Ayel, Haikal Yaakub dan Linda Rosli disisi Yang Maha Berkuasa.
Setidak-tidaknya kaum keluarga kalian akhirnya dapat menerima kepulangan kalian dan disemadikan dengan cara yang sepatutnya.
0 Response to "Disebalik Kisah Misteri... Apa Sebenarnya Berlaku Terhadap Mereka Di Sungai Perias?"
Post a Comment