Annahita Bakavoli sah bercerai dengan suaminya sebab...

Suami kepada pelakon Annahita Bakavoli, Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad memberitahu mereka sudah berpisah dan sah bercerai talak satu tanggal 1 Oktober lepas di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Keputusan untuk menamatkan rumah tangga yang dibina selama 5 tahun lamanya ini dibuat selepas tiada persefahaman lagi antara mereka.
'Perkahwinan yang dibina atas rasa cinta itu berakhir selepas lima tahun kami hidup bersama. Kenyataan ini dibuat atas dasar keikhlasan tanpa ada maksud yang terselindung.

Ia dibuat untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada masa akan datang sekiranya masing-masing mengambil keputusan membina hidup baru pada masa akan datang.' -Datuk Saiful petikan Hmetro
Mereka berkahwin pada tahun 2010, bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Related Posts :

0 Response to "Annahita Bakavoli sah bercerai dengan suaminya sebab..."

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect