Kuala Lumpur : Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 44, dilaporkan telah melarikan diri daripada Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), di sini kira-kira pukul 10.30 malam tadi.
Presiden Pengasih, Datuk Yunus Pathi berkata, seorang pelatih yang bertugas selaku pengawal di pusat berkenaan telah melihat sebuah kereta putih menjemput penyanyi itu keluar dari situ tanpa kebenaran.
“Kami ada menghubungi abang Zamani iaitu Zulfazil Ibrahim untuk memberitahu tindakan adiknya tetapi panggilan tidak dijawab.
“Perbuatan itu satu kesalahan dan melanggar prosedur rawatan di sini. Jadi satu laporan polis telah dibuat bagi mengelak kami berhadapan dengan sebarang situasi yang tidak diingini,” katanya kepada Utusan Malaysia.-UTUSAN ONLINE
0 Response to "3 Gambar : Zamani Slam hilangkan diri dari rumah Pengasih pusat pemulihan nya ?"
Post a Comment