Chiang Mai (Thailand): Empat budak dan seorang budak perempuan berusia antara lima bulan hingga lapan tahun mati ditetak oleh seorang lelaki yang mengalami masalah mental daerah Chai Prakarn Chiang Mai manakala ibu kepada tiga daripada kanak-kanak itu, cedera.
Menurut The Nation, lelaki itu, Asapa Siwua, 22, dibebaskan dari hospital di Chiang Mai sebulan lalu, masuk ke dalam rumah dengan membawa pisau besar lalu menetak kepala dan leher kanak-kanak terbabit. Mereka dikenal pasti sebagai Wasant Sae Ying, Aaref Sae Ying, Singju Sae Ying, Hao Sang Sae Ying dan Theerawut Denwipailertlam.
Yikor Sae Jern, ibu kepada dua budak anak budak perempuan yang dibunuh, luka dari muka hingga ke telinga. Dua lagi budak yang menjadi mangsa ialah anak saudara Yikor dan anak jirannya.
AP melaporkan, jurucakap polis Leftenan Kolonel Sombat Kalasuk berkata, lelaki itu menjadi berang dengan bunyi bising dari rumah jirannya iaitu rumah mangsa lalu mengambil pisau sepanjang 47 sentimeter di dapur dan pergi ke rumah berkenaan dan membunuh kanak-kanak terbabit.
Tiga kanak-kanak yang menjadi mangsa ditemui dalam rumah manakala seorang lagi ditemui berhampiran pagar di luar rumah. Budak kelima mati di hospital.
Selepas melakukan pembunuhan itu, lelaki berkenaan masuk ke dalam rumahnya dan penduduk kemudian mengepung rumah berkenaan.
Apabila polis tiba dan membawa keluar lelaki itu, penduduk menyerangnya hingga dia cedera.
Related Posts :
Sayu : Adik dhia telah tiada foto di fb di upload ibu seseolah tanda perpisahan (4Gambar) Semalam kita di kejut kan dengan kisah adik Nur Dhia Maisarah yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat lima rumah ibu ny… Read More...
Misteri teknologi digunakan Nabi Nuh untuk membina Bahtera yang disembunyikan USA akhirnya terbongkar Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh keraj… Read More...
Padah mengutuk Najib secara terbuka, Soo Wincci terima akibatnya yang amat menyayat hati Melalui sumber daripada forum CARI, pihak penaja Konsert Solo Pertamanya telah mengumumkan tarik diri dan menyebabkan konsertnya yang sed… Read More...
Malaysia Akan Gagal Capai Wawasan 2020 - Tun MahathirMalaysia Akan Gagal Capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir Malaysia tidak akan mencapai Wawasan 2020 kerana tadbir urus buruk yang berterusan, … Read More...
MENGEJUTKAN!! Kalau Macam Nie Laa Dik Perbualan Ko. Baik Kahwin jew! Inilah punca anak-anak Gadis sekarang tanpa pengawasan… Gejala ini semangkin kerap berlaku apakah salah didikan..? Sama-sama kita t… Read More...
0 Response to "[3 Gambar] NGERI!! Hanya Kerana Buat Kesalah Kecil 5 Kanak-Kanak MAUT DITETAK !!!"
Post a Comment