Wanita Dikatakan Mati Dibunuh 30 Tahun Lalu Ditemui Hidup

Wanita Dikatakan Mati Dibunuh 30 Tahun Lalu Ditemui Hidup


Seorang wanita yang diumumkan mati setelah dipercayai menjadi mangsa bunuh 30 tahun dulu telah ditemui selamat dan masih hidup.

IDENTITI TERBONGKAR

Dikenali sebagai Petra Pazsitka dari bandar Jerman utara Braunschweig, wanita kali terakhir dilihat pada 1980 ketika berusia 24 tahun.

Wanita ini kini berumur55 tahun dan hidup menggunakan identiti sebagai Schneider di Düsseldorf, German.

Dua minggu lalu rumahnya telah dipecah masuk dan selepas menghubungi polis, identiti sebenar wanita itu akhirnya terdedah.

Identitinya terdedah apabila pihak polis menemui kad identiti asal wanita itu selepas memeriksa kediamannya yang dipecah masuk.

Ini kenyataan dari jurucakap polis :

"Dia adalah wanita yang hilang dan dianggap mati itu. Katanya, dia tinggal di bandar-bandar yang berbeza menggunakan nama palsu. Dia tidak pernah mempunyai kad pengenalan baru."

Akhirnya dia mengaku hidup dalam pembohongan sejak tiga dekad lalu.

KISAH KES BUNUHNYA DULU

Pada 26 Julai 1984, Petra yang sedang belajar sains komputer di Braunschweig, telah pergi berjumpa dengan doktor gigi.

Dia meninggalkan premis pergigian itu kira-kira pukul 3 petang untuk menaiki bas ke rumah ibu bapanya berdekatan Wolfsburg, demikian menurut kawannya.

Tetapi dia tidak sampai ke lokasi yang sepatutnya itu.

Setahun sebelum itu seorang gadis berusia 14 tahun telah dibunuh berhampiran hentian di mana dia sepatutnya menaiki bas, jadi polis percaya kes pembunuh sama berulang ke atas Petra.

Kes Petra disiarkan dalam rancangan Crimewatch Jerman yang dikenali sebagai ‘Case Files XY....Unsolved’. Namun tiada pihak tampil memberikan apa-apa maklumat.

Pada akhir tahun 1985 Mac Günter, seorang pelatih tukang kayu ditangkap dan mengaku membunuh remaja itu. Yang peliknya, pada tahun 1987 dia juga mengaku membunuh Petra.

Akhirnya, Petra telah diisytiharkan mati oleh pihak berkuasa.

0 Response to "Wanita Dikatakan Mati Dibunuh 30 Tahun Lalu Ditemui Hidup"

Post a Comment