Pada mulanya dia dituduh ingin meletupkan sebuah sekolah, tapi kini Ahmed Mohamed yang berusia 14 tahun menjadi bualan dan perhatian bos-bos syarikat teknologi di Silicon Valley.
Kisah Ahmed ini sungguh memberi inspirasi dan pembakar semangat terutamanya kepada golongan muda untuk mendalami ilmu teknologi dan sains serta mencipta sesuatu yang berinovasi. Kisahnya bermula apabila beliau mencipta sebuah jam digital dan membawanya ke sekolah tetapi gurunya menyangka ianya adalah sebuah bom.
Pihak polis pun datang dan menahan remaja yang merupakan penggemar robot ini setelah menerima laporan dari pihak sekolah.
Kisah Ahmed, seorang pelajar di MacArthur High School, Irving, Texas mendapat perhatian Obama dan juga Mark Zuckerberg. Kisahnya juga turut tersebar di kalangan bos-bos syarikat teknologi di Silicon Valley.
P/S : SALUTE dengan apa yang direka oleh adik ini =).
Sumber : Astro Awani
0 Response to "Remaja Muslim Jadi Buruan Syarikat Teknologi Kerana Ciptaannya"
Post a Comment