RAJA FARAH AKHIRNYA DEDAH PUNCA SEBENAR RAHSIAKAN IDENTITI SUAMI MASA BERTUNANG?

Kelmarin pelakon Raja Farah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Iskandar Ismail dengan sekali lafaz. Sebelum ini Raja Farah bertindak merahsiakan identiti suaminya itu masa bertunang.

iskandar4Menjelaskan perkara berkenaan, Raja Farah berkata punca merahsiakan identiti suaminya itu adalah kerana mahu majlis perkahwinan yang dirancang berjalan lancar. Raja Farah berkata, tindakan itu juga bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini timbul yang boleh menjejaskan majlis tersebut.

“Tiada alasan lain saya merahsiakan identiti dia ketika majlis pertunangan dahulu, saya hanya mahu rancangan perkahwinan kami berjalan lancar sahaja.

“Saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini dan lagi pula kami belum berkahwin, tidak elok untuk dihebohkan,” ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Raja Farah yakin dengan keputusannya untuk membina rumah tangga buat kali kedua ini, biarpun baharu dua bulan mengenali jejaka tersbut. Katanya, dia menerima cinta Iskandar sepas melihat kesungguhan pemuda itu untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

“Kami bertemu dua hari sebelum Ramadan lalu di sebuah restoran Arab, ketika itu dia ternampak saya dan ketika itu saya bersama kawan saya dan dia juga bersama temannya.

“Dari situ dia berusaha untuk mengenali saya dengan lebih dekat dan ia sangat membuatkan pintu hati saya terbuka untuk bercinta sekali lagi,” ujarnya.

Tambah Farah, Iskandar juga lelaki yang penyayang, bertanggungjawab dan sentiasa membuatkan dirinya berada dalam keadaan selamat.

Related Posts :

0 Response to "RAJA FARAH AKHIRNYA DEDAH PUNCA SEBENAR RAHSIAKAN IDENTITI SUAMI MASA BERTUNANG?"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect