Paris Saint-Germain (PSG) Perlu Sedia 1 Billion Euro Untuk Cristiano Ronaldo.

 
 
PRESIDEN Real Madrid, Florentino Perez menegaskan kepada juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), mereka perlu menyediakan 1 Billion Euro andai berhajat untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo.
 
Katanya, PSG tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan bintang mereka melainkan sanggup membayar nilai yang ditetapkan itu.
 
“Sekiranya PSG mahukan Ronaldo, ia sangat senang. Mereka perlu bayar 1 Billion Euro. 
 
“Tiada siapa yang akan kekal dalam bola sepak tetapi kita tidak akan menjualnya pada tahun 2016. Dia masih ada baki kontrak tiga tahun ,” katanya.
 
Ronaldo menyertai Real dari Manchester United sejak 2009. 
 
Bersama Real, Ronaldo merangkul gelaran Ballon d'Or dua tahun berturut-turut iaitu pada 2013 dan 2014. 
 
Selain itu, dia juga menjadi watak penting buat Real dalam meraih gelaran Liga Juara-Juara dan La Liga. 

Related Posts :

0 Response to "Paris Saint-Germain (PSG) Perlu Sedia 1 Billion Euro Untuk Cristiano Ronaldo. "

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect