KUALA LUMPUR – Seorang
lelaki warga Nigeria maut akibat dipukul orang awam selepas dipercayai
cuba mencabul seorang wanita tempatan ketika berada di dalam lif
Pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya dekat sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian
kira-kira pukul 8 malam itu, suspek, Ikechukwu Bright Ogundu, 28,
menaiki lif yang pada masa sama terdapat seorang wanita.
Suspek kemudian dipercayai mengganggu mangsa sebelum bertindak agresif dan cuba mencabul.
Ekoran daripada
itu, suspek ditangkap orang awam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) pangsapuri
berkenaan ketika keluar lif sebelum dipukul.
Ketua Polis
Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata,
pihaknya menerima panggilan daripada AJK pangsapuri itu pada pukul 8.10
malam yang mengatakan terdapat seorang lelaki Nigeria ditangkap kerana
mengganggu wanita.
“Anggota kereta
peronda polis (MPV) diarah ke lokasi kejadian, setiba di sana mereka
mendapati terdapat lebih kurang 30 orang awam sedang mengepung suspek.
Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Mutiara Damansara untuk tindakan
lanjut.
“Pada pukul
8.45 malam, suspek yang duduk kemudiannya berbaring sementara menunggu
proses pengecaman dilakukan kira-kira 10 minit selepas itu,” katanya
dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Azmi,
ketika siasatan sedang dilakukan, suspek yang sedang baring tiba-tiba
tidak sedarkan diri dan polis terpaksa memanggil pasukan perubatan
untuk rawatan.
“Suspek
disahkan mati pada pukul 10 malam oleh Penolong Pegawai Perubatan
Hospital Sungai Buloh. Dia dapati cedera di bahagian kepala sebelah
kanan, lutut dan benjolan di bahagian buku lima tangan sebelah kanan
yang disyaki patah,” katanya.
Tambah beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor Utusan.
0 Response to "PADAH !! Warga Asing Maut Dibelasah Cuba Cabul Wanita "
Post a Comment