LUAHAN SAYU LINDA RAFAR SELEPAS DICERAIKAN SUAMI SYED AIMAN

Semalam, penyanyi Linda Rafar telah menyatakan bahawa suaminya itu melafazkan cerai secara tiba-tiba. Kata Linda, lafaz itu dilakukan tanpa sebab dan turut disaksikan ibu dan anaknya. Linda turut memberitahu dia masih trauma dan belum tahu apa lanjutan serta tindakan yang patut dilakukan.linda rafar_1“Saya agak kecewa dengan sikap terburu-burunya melafazkan cerai. Selepas itu dia nak tarik balik lafaz berkenaan kerana menyesal dan di saat hati saya remuk. Sama ada untuk terima dia semula atau tidak, saya masih belum ada jawapan pasti. Yang pasti saya difitnah dan diceraikan tanpa sebab. Saya tak boleh menerima langsung apa yang dilakukannya kerana saya tak ada buat salah.

“Malah saya sentiasa bersabar dan mengalah dalam apa juga dugaan berumah tangga. Maaflah saya demam teruk dan suara pun serak nak bercakap…sebab itu saya tak angkat telefon bimbit,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, pasangan yang heboh diperkatakan ketika ini Linda dan juga suaminya, Syed Aiman, tidak hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pagi tadi untuk mengesahkan lafaz cerai.

Linda dan Syed berkahwin pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syed Rezaqiib dan Syed Rezariiq.

0 Response to "LUAHAN SAYU LINDA RAFAR SELEPAS DICERAIKAN SUAMI SYED AIMAN"

Post a Comment