Linda Rafar Dan Syed Aiman Tidak Hadir Ke Mahkamah Berikutan Kes Cerai Mereka
INDUSTRI hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan berita rumah tangga Linda Rafar dan Syed Aiman yang dikatakan sudah retak apabila aktor kacak itu didakwa telah melafazkan cerai kepada isterinya, pagi semalam.
Linda kemudiannya dikatakan memberitahu dia akan ke Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor hari ini bagi mengesahkan lafaz cerai itu.
Bagaimanapun sehingga pukul 2 petang tadi, kelibat Linda dan Syed Aiman dilaporkan masih tidak kelihatan di sana.
Menurut laporan BH Online, usaha bagi menghubungi kedua-duanya juga gagal namun bekas kumpulan Elite itu ada menghantar WhatsApp memberitahu dirinya demam teruk.
Pada masa sama, Linda yang kini hamil tiga bulan akui masih lagi dalam keadaan trauma kerana lafaz itu dilakukan tanpa sebab.
“Saya agak kecewa dengan sikap terburu-burunya melafazkan cerai. Selepas itu dia nak tarik balik lafaz berkenaan kerana menyesal dan di saat hati saya remuk.
“Sama ada untuk terima dia semula atau tidak, saya masih belum ada jawapan pasti.
“Yang pasti saya difitnah dan diceraikan tanpa sebab. Saya tak boleh menerima langsung apa yang dilakukannya kerana saya tak ada buat salah.
“Malah saya sentiasa bersabar dan mengalah dalam apa juga dugaan berumah tangga. Maaflah saya demam teruk dan suara pun serak nak bercakap… sebab itu saya tak angkat telefon bimbit,” katanya.
Semalam, Linda mendedahkan suaminya melafazkan cerai itu di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira 7 pagi dengan disaksikan oleh ibu dan anaknya.
Pasangan ini berkahwin pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua anak iaitu Syed Rezaqiib dan Syed Rezariiq. Sebelum Syed Aiman, Linda pernah berkahwin dan dikurniakan dua anak iaitu Rezaril Keflin dan Rezaimen Keiflin. Bagaimanapun, Rezaimen meninggal dunia pada 5 Julai tahun lalu disebabkan barah perut.
0 Response to "Linda Rafar Dan Syed Aiman Tidak Hadir Ke Mahkamah Berikutan Kes Cerai Mereka"
Post a Comment