Hanya tinggal empat hari sahaja lagi untuk kita menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2015. Namun disebalik menunggu kedatangan hari raya disini kami ingin kongsikan satu amalan sunat iaitu Puasa Sunat Arafah.
APAKAH KEISTIMEWAAN?
Bagi individu yang tidak dapat menunaikan haji di Mekah ketika Hari Raya Aidiladha, anda boleh menunaikan puasa sunat Arafah. Untuk info, puasa sunat Arafah jatuh pada setiap 9 Zulhijjah bersamaan dengan 23 September 2015 iaitu sehari sebelum hari raya korban yang jatuh pada 24 September 2015. Oleh itu, umat islam boleh menunaikan puasa sunat hari Arafah sebaik selepas sahaja masuk waktu maghrib hari selasa 22 September 2015.
22 September 2015 (Selasa) sebaik selepas masuk waktu Maghrib
Niat Puasa Sunat Hari Arafah
Kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah
Ketika tibanya hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah, Rasulullah SAW amat bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah SWT. Sayidina Usamah bin Zaid meriwayatkan, ketika beliau menunggang bersama Rasulullah SAW pada hari Arafah, beliau melihat Baginda SAW mengangkat kedua-dua belah tangannya memohon doa kepada Allah SWT, sehinggakan apabila unta Baginda duduk dan terjatuh tali unta, Baginda terus mencapainya dengan sebelah tangan, manakala tangan sebelah lagi masih tetap diangkat (berdoa).
Sumber : melvister
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah"
Post a Comment