Jangan Angkuh dan Takabbur Ku Nan!


Warga Malaysia amnya dan ahli Umno khususnya menghargai keberanian seorang wanita dari pulau lagenda Mahsuri Langkawi, Anina Saadudin, yang memfailkan tindakan saman mahkamah terhadap Dato Seri Najib Tun Abdul Razak kerana pecah amanah wang parti sejumlah RM2.6 bilion.


Jumlah itu adalah jumlah yang diakui sendiri oleh Najib, ahli Majlis Tertinggi (MT), Bahagian dan Cawangan Umno, menteri-menteri, SPRM, PDRM dan semua aparat kerajaan yang mahu mempertahankan bahawa duit itu bukan rasuah atau duit 1MDB tetapi duit Umno dari derma seorang dermawan Arab.

Anina sekadar menyatakan bahawa duit yang dilarikan dari akaun amanah di Malaysia ke akaun bank sulit di Singapura yang bukan milik Umno menjadikan itu satu pecah amanah dan perlu dikembalikan kepada Umno.

Anina melakukan apa yang tidak berani dilakukan oleh ramai rakyat Malaysia apatah lagi ahli Umno. Anina menyatakan bahawa Fasal 6 Perlembagaan Umno mewajibkan dirinya ‎mempertahankan Umno oleh kerana semua ahli MT tidak berani berhadapan dengan Putera Bugis yang berani membangsatkan parti dan bangsa sendiri demi kerakusan kuasa dan harta.

Anina berpegang kepada prinsip Amr Ma’ruf Nahy Mungkar dalam menegakkan kebenaran demi mempertahankan maruah agama bangsa dan negara dari tercemar. Malah, tindakan Anina mendapat pujian dan sokongan dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, apakah tindak balas YM Tengku Dato Seri Adnan Mansur? Dengan bangga dan bongkak Ku Nan memecat Anina. Ku Nan menghebahkan pemecatan lebih awal dari surat pemecatan dikeluarkan. Ku Nan berbuat demikian demi menghina Anina untuk menunjukkan kuasa bahawa‎ Ku Nan adalah Setiausaha Agung dan Anina hanya ahli wanita yang kerdil dari pulau di hujung semenanjung.

Kemudian bila Tan Sri Megat Najmuddin, Pengerusi Tribunal Disiplin ‎menegur bahawa langkah Ku Nan salah dan sumbang prosedur kerana tidak langsung mematuhi peraturan parti, Ku Nan tidak dapat menerima teguran dengan baik.

Sebaliknya, Ku Nan bersikap lebih angkuh dan takabbur. Ku Nan mendebak dada mengatakan dia boleh pecat siapa dia suka dan Anina boleh samannya di mahkamah dan dia akan lawan. Ku Nan juga terus menghina Anina dengan memanggilnya anai-anai iaitu serangga yang lebih kecil dari semut.

Ku Nan memang orang besar, derajat bangsawan dan juga berpangkat Dato Seri. Ku Nan‎ memang orang besar parti berjawat Setiausaha Agung dengan kuasa memecat semua yang dia tak suka. Ku Nan memang kaya raya boleh gajikan peguam-peguam hebat mempertahankan kesumbangan dirinya sehingga yang salah pun jadi benar. Tapi apakah perlunya Ku Nan menghina Anina sebagai lebih kecil dari semut? Apa perlunya Ku Nan menghina dan merubah nama Anina menjadi Anai Anai?

Tidakkah Ku Nan dapat menerima dalam sistem demokrasi berparlimen seseorang yang tidak berpuashati boleh merujukkan hal itu ke Mahkamah? Bukankah Mahkamah memang forum penyelesaian perbezaan dan pertikaian?

Lalu kenapa Ku Nan menghalang Anina dengan memecatnya secara sungguh terhina tanpa mematuhi peraturan parti, tanpa diberikan amaran dan hak untuk didengar, tanpa mengendahkan nasihat Pengerusi Tribunal, tanpa‎ langsung mengikuti prinsip-prinsip keadilan dalam Islam sedangkan Umno itu parti Melayu dan Melayu itu tunggaknya Islam? Kenapa Ku Nan? Dan apa perlunya Ku Nan‎ menghina Anina dengan panggilan Anai Anai?

Pokoknya, apakah kesalahan Anina dan apakah yang dipertahankan Ku Nan? Apakah tidak benar segala yang dikatakan Anina? Bukankah tuntutan Anina berlandaskan apa yang diakui dan dikatakan secara umum oleh Najib dan konco-konconya sendiri? ‎

Bukankah benar MT telah menjadi tali barut seorang pemecah amanah yang mencuri duit parti dan melarikan duit RM2.6 bilion itu ke Singapura? Jika semua itu benar kenapa Ku Nan tidak menjalankan tanggungjawab, malah bersekongkol menjadi talibarut si pesalah laku?

Jika Anina itu Anai Anai, maka orang macam Ku Nan adalah barah dalam Umno yang akan merosak dan membunuh parti. Dan jika sel barah itu tidak dihapuskan dari ‎bibitnya maka ia akan merebak keseluruh akar umbi parti. Salahkah Anina mengambil tindakan untuk mengubati Umno yang di kepalanya telah dicemari dan dirasuki penyakit serius ini?

Salahkah Anina menyedarkan bahawa Najib, KuNan dan sekutunya bukan sayangkan parti tapi memusnahkan parti? Salahkah Anina mengingatkan bahawa Fasal 6 Perlembagaan Umno ialah tentang Kesetian Kepada Parti dan bukan Kesetiaan Kepada Pemimpin yang buat onar. Malah pepatah Melayu mengatakan, “Raja adil raja disembah Raja zalim raja ‎ disanggah”.

Dalam sistem demokrasi hari ini, pepatah itu bukan sahaja ditujukan kepada raja tapi juga kepada Pemerintah kerana yang memerintah negara bukanlah raja tapi parti yang memerintah. Masyarakat moden mahukan demokrasi dimana rakyat menentukan halatuju negara melalui wakil rakyat dan jemaah menteri tetapi bukan untuk menjadikan menteri-menteri sebagai orang-orang yang berlagak lebih buruk dari raja yang zalim bak pepatah, “Beraja dimata Bersultan di hati”. Ini lah Umno hari ini. Ini lah penyakit Najib dan Ku Nan yang mahu membangsatkan bangsa sendiri!

Anina memang tidak ada duit untuk lawan Ku Nan. Anina memang gunakan firma Melayu kecil untuk mulakan tindakan kerana dia tidak mampu. Tapi orang Melayu dan rakyat Malaysia akan jadi muak dan marah dengan keangkuhan Ku Nan. Dan bila mereka bersatu dan membantu, akan ramai peguam-peguam Melayu dan bukan Melayu yang lebih hebat dari firma besar dari peguam Ku Nan dan Umno. ‎Rakyat akan bersatu menolak kemungkaran. Jadi behati-hatilah bila menghina orang kerdil.

Ku Nan jangan angkuh dan takabbur‎. Allah tidak menyukai orang-orang yang takabbur. Ingatlah Allah menghukum Firaun ditelan lautan. Ingatlah orang Melayu memerhati, Rakyat Malaysia memerhati.

Ingatlah ini boleh menjadi lautan yang menenggelamkan keangkuhan Ku Nan.


Oleh Suhaimi Embong dan dipetik dari SINI

Related Posts :

0 Response to "Jangan Angkuh dan Takabbur Ku Nan!"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect