“Bermacam usaha saya lakukan untuk mencari anak yang hilang, namun sehingga kini tidak tahu dia di mana, entah hidup atau sudah mati.
“Saya terlalu rindukan anak dan tak akan berputus asa mengharapkan dia pulang satu hari nanti. Hari raya ini sudah empat tahun dia tidak bersama kami tanpa sebarang berita,” kata Safiah Mohd Zain, 50.
Safiah berkata, kerinduan terhadap anaknya, Nur Fatin Nazurah Mohd Kassim, 22, semakin mendalam sehingga mengganggu kesihatannya.
“Saya lepaskan rindu padanya melalui mimpi saja. Walaupun hanya bermimpi, saya puas dapat peluk dan cium dia sepuas hati serta merayu dia pulang.
“Tapi mimpi pada April lalu agak menyedihkan apabila dia menolak saya dan berlalu begitu saja tanpa mengucapkan sepatah perkataan, berbeza dengan pertemuan di awal kehilangannya dulu. Setiap kali hadir dalam mimpi, dia bercakap dengan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Seberang Takir, di sini, semalam.-sumber
0 Response to "Ibu peluk dan cium lepaskan rindu melalui mimpi sahaja"
Post a Comment