Hampir Aib Di Hari Kenduri Perkahwinan

Hampir Aib Di Hari Kenduri Perkahwinan


Kasihan betul pasangan pengantin ini. Kejadian yang berlaku di Melaka ini mendatangkan kelam kabut dan aib kepada pihak keluarga pengantin apabila catering makanan yang ditempah tidak datang.

Dua mempelai adik-beradik hampir kerugian RM20,000 selepas syarikat katering gagal menyediakan makanan ditempah untuk majlis perkahwinan mereka di Kampung Bukit Cina.

Mangsa, Muhammad Hafis berkata, dia telahpun membuat tempahan makanan dengan sebuah syarikat katering untuk majlis pernikahan adik perempuannya pada Sabtu serta majlis persandingan mereka pada Ahad.

Walaubagaimanapun, pihak terbabit gagal menyediakan tempahan makanan, malah pemiliknya langsung tidak dapat dihubungi.

Menurutnya, keluarganya hampir mendapat aib gara-gara syarikat yang dilantik untuk menyediakan makanan, menguruskan majlis kenduri serta menyediakan khemah kenduri menghilangkan diri.

Ini komen mangsa:

“Saya tempah khemah dan pakej makanan bagi majlis akad nikah adik perempuan pada Sabtu dan kenduri persandingan pada Ahad di rumah keluarga.

“Mengikut pakej ditempah, syarikat itu perlu menyediakan khemah, nasi dan lauk-pauk kenduri untuk 1,200 tetamu serta hidangan pengantin dengan bayaran RM14,500,”

Syarikat itu dikatakan beralamat di Taman Bukit Katil Permai, Melaka.

sumber: HMetro

0 Response to "Hampir Aib Di Hari Kenduri Perkahwinan"

Post a Comment