Beijing – Sebuah bank sperma menggunakan taktik terbaru dengan menawarkan sebuah iPhone 6s sebagai ‘hadiah’ kepada penderma sperma di sini, baru-baru ini.
Memetik laporan Shanghaiist, Hospital Ruijin di bawah Shanghai JiaoTong University School of Medicine sedang mencari penderma sperma dengan syarat-syarat tertentu.
Antaranya, termasuk ketinggian badan tidak kurang daripada 165 sentimeter, mempunyai ijazah sarjana muda, kad pengenalan warganegara China dan bebas daripada sebarang jenis penyakit genetik.
Yang menarik, pakej pemeriksaan kesihatan berharga 1,000 yuan akan diberikan secara percuma kepada calon yang berjaya dipilih di mana bakal penderma tersebut akan mendapat ujian kromosom percuma untuk mengenalpasti tahap kesuburannya.
Lebih menarik, penderma tersebut akan diberi ganjaran wang tunai sebanyak 6,000 yuan untuk setiap sampel sperma (17 mililiter) dalam masa 2 hari sehingga 6 bulan selepas pendermaan dilakukan.
Difahamkan, pendermaan sperma kini mendapat sambutan hangat di China terutamanya dalam kalangan pelajar universiti di mana rata-rata hospital menyediakan bilik derma sperma serta pusat sumber yang amat selesa.
Dalam pada itu, seorang doktor dari bank sperma di wilayah Hubei yang juga menawarkan perkhidmatan sama menyatakan kebanyakan hospital terpaksa mengambil ‘taktik’ baru tersebut melalui media sosial kerana ia adalah salah di sisi undang-undang untuk menyiarkan iklan sedemikian secara terbuka kepada orang ramai.
Terdahulu, seorang lelaki China dilaporkan menjual buah pinggangnya untuk mendapatkan wang tunai dan membeli iPhone 6s.
0 Response to "Derma Sperma Dapat iPhone 6s"
Post a Comment