Sepasang kekasih yang layak digelarkan ‘toyol’ kerana tergamak nak mencuri duit tabung Masjid Asyakirin, Bachang, Melaka. Pasangan tu ingat mudah nak mencuri tapi ‘sayang’ diorang gagal membuka peti besi tu.
Sekarang ni kebanyakkan masjid dah pasang ‘safety’ yang ketat-ketat punya untuk halang tabung masjid lesap. Ye la.., orang yang mai ke masjid dok menabung lepas tu senang-senang pula dicuri!
Difahamkan, kejadian tu berlaku kira-kira jam 3 petang, gelagat pasangan tu yang berpura-pura nak bersolat sebelum cuba memecah tabung di ruang solat lelaki dirakam kamera litar tertutup yang dipasang di masjid tu.
Menurut Pengerusi Masjid Asyakirin, Mohamad Ismail, 76, pihak dia menyedari tabung kutipan derma masjid tu cuba dipecahkan pasangan berusia lingkungan 20-an selepas mendapati besi pemegang tabung berada di atas lantai.
“Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki cuba mengumpil dan membuka peti besi sumbangan jemaah, namun tidak berjaya. Selepas gagal mengumpil, lelaki terbabit cuba mengangkat peti besi itu namun tetap gagal,” kata Mohamad Ismail.
Mencuri ni bukan satu kerja yang baik pun, hasil duit yang dapat tu haram! Buat la kerja yang berfeadah sikit, kat Malaysia ni berlambak-lambak kerja yang boleh dibuat. Cuma atas usaha sendiri aje yang nak ke tak nak, kan?
0 Response to "Couple melayu perangai setan dalam masjid.."
Post a Comment