KENOSHA (AMERIKA SYARIKAT) - Gara-gara tindakan bodoh si bapa, seorang bayi berusia 6 minggu dikejarkan ke hospital selepas dia diberi minum susu formula bercampur dengan arak.
Dalam kejadian pada Isnin lalu, ibu bayi secara tidak sengaja telah mencampurkan arak jenis Vodka dalam susu formula anaknya menyebabkan paras alkohol dalam darah mangsa mencecah 0.294. Tiga kali ganda lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan untuk pemandu dewasa.
Bagaimanapun. ibu bapa bayi berkenaan tidak akan didakwa kerana kejadian itu tidak disengajakan, menurut jurucakap polis Kenosha, Wisconsin Bradley Hetlet.
Namun, bapa mangsa, Brian Smith, 22, akan didakwa atas pertuduhan berkait dengan keganasan rumah tanga yang berlaku selepas kejadian itu.
Menurut keterangan ibu mangsa, dia itu mengisi air ke dalam bekas untuk dicampur dengan susu tepung sebelum meninggalkan dapur seketika. Lelaki itu kemudian masuk ke dapur dan membuang air di dalam bekas tersebut dan mengisinya dengan vodka bertujuan untuk membawanya ke rumah rakannya.
Si ibu yang tidak menyedari tindakan suaminya itu masuk semula ke dapur dan mencampurkan dua auns vodka itu dengan susu tepung bayi dan memberi kanak-kanak itu minum.
Pasangan itu hanya menyedari kesilapan mereka setelah melihat bayi mereka berkelakuan luar biasa.
Insiden kecuaian itu menyebabkan pasangan terbabit bergaduh dan beberapa anggota keluarga mereka juga turut campur tangan sebelum pasukan kecemasan tiba dan mengejarkan bayi itu ke hospital.
Bayi itu dilaporkan selamat dan telah dibenarkan pulang. - THEHYPEMEDIA.COM
Related Posts :
TUE MAKAN DIA!!Akibat Tersalah Pilih Mangsa Rompakan,Inilah Pengajaran Yang Mungkin Tidak Akan Dilupakan Sampai Bila-Bila (4 GAMBAR) $%Acailandia (Brazil): Seorang lelaki yang cuba menyamun seorang wanita dan rakannya di tepi jalan mendapat nasib malang kerana wanita berk… Read More...
PANAS!! Ketua Chef Berang Apabila Pesakit Tinggalkan Tulang Babi Dalam Mangkuk Hospital (4 GAMBAR) %^Seorang lelaki memuat naik beberapa gambar sisa makanan yang dipercayai babi, dibawa oleh ahli keluarga pesakit di sebuah hospital terse… Read More...

Misteri 7 Murid Orang Asli SK Tohoi Tidak Pulang Sejak 23 Ogos Lalu Terbongkar Misteri 7 Murid Orang Asli SK Tohoi Tidak Pulang Sejak 23 Ogos Lalu Terbongkar | Seorang pemandu pelancong, Mohd. Tahir Mat Saman me… Read More...
0 Response to "Bayi 6 Minggu Mabuk, Susu Formula Dicampur Dengan Vodka...Kejadian Itu Betul-betul Diluar Jangkaan Kita !!!!"
Post a Comment