sumber:
BAHAYA SYAITAN NAMPAK DAN SYAITAN GHAIB !!!! Pengaruhnya Sedang Berleluasa Zaman Ini...Memang DAHSYAT
"Dan Demikianlah Kami Jadikan bagi tiap tiap Nabi itu musuh, iaitu syaitan syaitan (dari jenis) manusia dan jin, sebahagian mereka membisikan kepada sebahagian yang lain perkatan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)... “
Sejak diisytiharkan sebagai sesat dan kafir oleh Allah SWT, Iblis laknatullah terus melancarkan serangannya kepada manusia. Tujuannya, agar di akhir kelak, mengeringi mereka ke neraka Sair. Untuk itu, syaitan merayu, memujuk dan menggoda manusia dari segenap penjuru. (AI-Araaf; 7:17).
Bagi tujuan tersebut, seluruh bala tentera syaitan dikerahkan, baik yang tidak nampak seperti golongan jin, mahu pun syaitan dari golongan manusia. Masing-masing memiliki peranan yang strategi untuk menyesatkan manusia. Mana yang lebih berbahaya kepada manusia? Bergantung dari sudut mana kita menimbangnya. Yang penting, kita mengetahui sisi bahaya masing-masing dan bagaimana mengatasinya.
Bahaya Syaitan tidak Nampak
Tidak mudah melawan musuh yang tidak kelihatan, apatah lagi kehadirannya tidak disedari oleh kita. Ada sesetengahnya yang menyedari bahawa di saat bersendirian, ada hiruk-pikuk syaitan yang membisikkan, mencari ruang untuk menjerumuskan kelembah dosa. Oleh kerana itu, syaitan aktif melancarkan serangan demi serangan ke dalam hati manusia. Bagi manusia yang `diserang' (yang tidak mengerti keadaan ini) biarpun kalah teruk, masih tidak menyedarinya.
Oleh itu, Allah mengajarkan kepada kita cara yang berbeza dalam menghadapi syaitan, jin dan syaitan manusia.
`Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui" (AI-Araaf, 7:199-200).
Ibnu Katsir mentafsirkan ayat tersebut dan berserta contohnya, bahawa Allah memerintahkan untuk bersikap baik kepada musuh yang berwujud manusia. Tujuannya, untuk mengubah tabiat mereka yang benci kepada cinta. Akan tetapi untuk menghadapi syaitan dari golongan jin, Allah memerintahkan membaca ta'awudz.
Sebabnya, perlakuan baik tidak akan mengubah perwatakan syaitan yang tidak memiliki selain membinasakan anak cucu Adam kerana syaitan tidak mungkin menaruh belas kasihan kepada kita. Makanya, mereka tidak akan bersimpati dengan sikap baik kita meskipun kita menuruti keinginannya.
justeru, tidak ada jalan damai bagi syaitan baik di awal mahu pun di akhirnya. Tidak ada tahap berlemah lembut atau menarik simpati untuk menghadapinya. Berbeza dengan syaitan manusia, ada tahap berbicara dengan lemah lembut, berdebat dengan cara yang baik, hingga memerangi mereka dengan senjata.
Bentuk permusuhan, serangan yang dilakukan oleh syaitan terhadap manusia ada pelbagai. Dari bisikan, rayuan atau lintasan fikiran yang menampakkan keelokan perbuatan dosa, menghalang manusia dari ketaatan, menggambarkannya sebagai beban berat sehingga mengganggu secara fizikal dan mental.
Tidak hanya di siang hari, ketika manusia tidur, syaitan terus menggoda sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w; "Syaitan mengikatkan tali ke tengkuk manusia dengan tiga ikatan ketika tidur, dia mengencangkan talinya setiap kali mengikat seraya berkata, "malammu masih panjang, maka tidurlah". (Riwayat Bukhari dengan Syarah Fathul Baari).
Tujuannya, agar manusia terus tertidur sehingga mengabaikan solat dan berzikir kepada Allah. Di dalam Shahihain disebutkan, ketika diceritakan kepada Rasulullah tentang seseorang yang tidur sehari suntuk hingga subuh, maka nabi bersabda; "Itulah orang yang telinganya atau sebelah telinganya di kencing oleh syaitan".
Mimpi buruk juga merupakan bentuk gangguan syaitan untuk menakut nakutkan manusia, sebagaimana nabi menyebutkan salah satu jenis mimpi sebagai 'takwif minasy syaitan', syaitan yang menakut-nakutkan. jika kita mengalami kejadian ini, nabi menganjurkan kita membaca ta'awudz dan tanaf fut (meludah kecil) ke kiri tiga kali. Selain itu kita juga boleh membaca surah-surah Mu'awwizat sebelum tidur seperti surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas.
Bahaya Syaitan yang Boleh Nampak
Jika syaitan segera lari ketika kita membaca ta'awudz atau lari bertempiaran ketika mendengar azan, tidak sedemikian halnya dengan syaitan bertopengkan manusia. Dari sisi ini, syaitan yang bertopengkan manusia lebih berbahaya. Seperti yang diungkapkan oleh ulama tabiin, Malik bin Dinar, "Syaitan bertopengkan manusia lebih berat bagiku daripada syaitan daripada golongan jin, kerana syaitan dari golongan jin akan lari apabila aku membaca ta'awudz kepada Allah. Adapun syaitan bertopengkan manusia, di pelupuk mata dia mendatangi aku dan menarik aku kepada maksiat".
Dari sisi zahirnya, syaitan bertopengkan manusia memang tidak memberi kesan (kesakitan) walaupun di baca ta'awudz mahu pun azan. Perlindungan Allah terhadap syaitan dari golongan manusia ini memiliki bentuk yang lain, yang asasnya menyelamatkan kita dari tipu daya syaitan bergelar manusia.
Syaitan jenis ini juga kadang-kadang mempunyai komunikasi yang baik, penampilan menarik dan berketerampilan. Seperti ketika syaitan menggoda Adam dengan rayuannya;"Kemudian syaitan membisikkan buah fikiran yang jahat kepadanya, dengan berkata, "Hai Adam, mahukah aku tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa? (Thaha;20: 120).
Ibnu Qayyim berkata tentang ayat ini, "Para pengikut syaitan (dari golongan manusia) mewarisi cara syaitan ini, yakni dengan memberikan nama sesuatu yang haram dengan nama yang disukai oleh n@fsu, seperti menamakan khamr dengan puncak kelazatan.
Seperti hari ini, Mereka menamakan pameran Aurat sebagai Seni, $3k$ bebas sebagai budaya moden dan tarian erotis sebagai kebebasan bersosial.
Syaitan juga menamakan ketaatan dengan nama yang menyeramkan. Setiap kali Nabi Muhammad diutus, maka ada syaitan bergelar manusia dengan menggelarnya dengan gelaran yang buruk, seperti tuduhan sesat, bodoh, gila atau digelar tukang sihir.
Persekongkolan antara Syaitan dan Manusia
Serangan akan bertambah dahsyat ketika syaitan dan syaitan bergelar manusia bersekongkol untuk menebar dosa. Pelbagai cara, idea digunakan untuk menarik manusia membuat kemungkaran. Dari mana mereka mendapat idea dan inspirasi ini?
Hal tersebut terjawab denga firman Allah dalam surah (Al-Arf am: 6:112). Ibnu Qayyim dalam BadaTul Fawa'id (11/266) mentafsirkan ayat ini, "Syaitan mewahyukan kebatilan kepada manusia, begitu juga syaitan manusia mewahyukan kebatilan kepada mainusia, yang lain, sehingga antara syaitan dan syaitan manusia saling bekerjasama untuk menyamnpaikan kemahuan 'syaitani'.
Untuk mengelakkan serangan, ini hendaklah rajin mencari ilmu agama, peka terhadap maksiat serta berusaha ke jalan syariat.
sumber:
sumber:
0 Response to "BAHAYA SYAITAN NAMPAK DAN SYAITAN GHAIB !!!! Pengaruhnya Sedang Berleluasa Zaman Ini...Memang DAHSYAT"
Post a Comment