Apa Nak Jadi? Ammar Alfian Mengaku Buat Tatu Selepas Kecewa Putus Cinta
$%Setiap orang pasti ada kisah silam tersendiri, sama ada baik atau buruk kadang kadang ianya akan kembali menghantui kita yang mahu melupakannya. Cewah. Tidak terkecuali pelakon lelaki yang terkenal dengan imej bad boy, Ammar Alfian yang kembali menjadi bualan ramai.
Sejak akhir akhir ini, Ammar Alfian dilihat banyak memuat naik gambar dirinya di Instagram yang menampakkan tatu di bahagian bahu beliau dan ini menimbulkan persoalan di kalangan peminat sama ada tatu itu bersifat sementara atau kekal.
Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Ammar Alfian mengakui beliau tidak berniat untuk mencari publisi murahan dengan menayangkan diri tanpa berbaju di Instagram kerana ramai juga selebriti yang melakukan perkara sebegitu selama ini.
“Tatu di dada dan bahu saya itu dibuat selepas putus cinta dengan seorang pelakon kira-kira dua tahun lalu. Niat saya memuat naik gambar dalam keadaan begitu kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya. Saya tidak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain,” jelasnya.
Ammar Alfian juga menambah yang beliau ada rancangan untuk membuang tatu berkenaan namun belum berkesempatan selain kesan buruk epada kulitnya beliau menangguhkan dahulu hasrat tersebut selain berharap dapat melakukannya di luar negara.
“Mereka turut menyarankan saya melakukannya di Amerika Syarikat kerana di sana kaedahnya lebih bagus tanpa sebarang kesan parut. Jika ada rezeki memang saya mahu ke sana untuk membuang tatu ini,” tambahnya. (rtky/m)
0 Response to "Apa Nak Jadi? Ammar Alfian Mengaku Buat Tatu Selepas Kecewa Putus Cinta"
Post a Comment