TERUS BERI KENYATAAN BERBELIT SOAL KAHWIN, INI PENJELASAN ZIZAN RAZAK

Terbaharu Zizan Razak enggan berkongsi kisah khususnya mengenai pasangan hidup walaupun sebelum ini dia pernah membuat kenyataan bakal berkahwin dengan wanita senegerinya, Terengganu.

zizanZizan berkata, pengalaman dan kegagalan cintanya dengan Emma Maembong juga menjadi punca dia tidak mahu terlalu memberi publisiti terhadap hubungan cintanya.

“Soal siapa yang akan berkahwin dengan saya sebenarnya saya nak rahsiakan. Buat masa ini biarlah ia menjadi rahsia dan kalau sampai jodoh saya akan beritahu.

“Ia adalah rahsia saya bersama keluarga dan ia adalah bagi melindung privasi saya. Biarlah wanita itu menjadi tanda tanya sama ada dia wujud atau tidak,” ujarnya kepada mStar Online.

Zizan diminta mengulas perkembangan hubungannya dengan seorang wanita berasal dari Terengganu selepas dilaporkan bakal berkahwin dengan wanita itu pada tahun ini. Bagaimanapun, Zizan menegaskan, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hal perkahwinan dengan wanita tersebut seperti yang diperkatakan.

“Semua yang pernah dilaporkan bukan keluar dari mulut saya, malah gambar wanita yang tersebar itu pun saya tidak pasti mereka ambil dari mana?

“Perkara ini tidak perlu dirisaukan kerana apabila sampai jodoh nanti sampailah. Saya minta pihak media dan peminat-peminat untuk mendoakan yang terbaik buat saya dan pasangan nanti,” ujarnya.

Related Posts :

0 Response to "TERUS BERI KENYATAAN BERBELIT SOAL KAHWIN, INI PENJELASAN ZIZAN RAZAK"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect