Jayapura: Enam mayat daripada 54 mangsa nahas pesawat ATR 42-300 Trigana Air Service Indonesia yang terhempas di pergunungan Papua sudah dikeluarkan dan dihantar ke pekan Oksibil.
Jurucakap tentera tempatan, Pudji Teguh Rahardjo, berkata 11 mayat lagi sedang dibawa keluar menggunakan jalan darat menuruni lereng gunung dan lebih 300 orang terbabit dalam operasi itu.
Menurutnya, selepas semua mayat berjaya dikeluarkan, ia akan diterbangkan ke bandar utama Papua, Jayapura.
Sebahagian wang 6.5 Billion |
Pasukan penyelamat mahu menggunakan helikopter untuk mengangkut mayat berkenaan tetapi angin kencang serta cuaca buruk membahayakan keadaan.
“Dalam keadaan cuaca sekarang mustahil untuk menggunakan helikopter, jadi kami terpaksa menggunakan jalan darat,” kata Rahardjo.
Pasukan penyelamat yang mengambil masa dua hari untuk sampai ke lokasi nahas yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Oksibil, menemui pesawat ATR 42-300 itu berkecai dengan kesan hutan terbakar di tempat kejadian berserta mayat rentung.
Mereka juga menemui kotak hitam pesawat dan sebahagian daripada wang tunai 6.5 bilion, dana kerajaan untuk penduduk miskin di Papua. Sebahagian lagi wang itu terbakar.
Pesawat itu dalam penerbangan dari Jayapura ke Oksibil yang mengambil masa 45 minit sebelum ia terputus hubungan kira-kira 10 minit sebelum mendarat. - AFP
Related Posts :
[2 GAMBAR] MASYALLAH! USTAD HARUN DIN BONGKAR KIAMAT TELAH BERLAKU DI MARIKH Ahmad Saifuddin Amran Tahun 2, Fakulti Perubatan Jordan University of Science and Technology Salam. Mesti baca!! And sorry for the interr… Read More...
Fad Bocey Dan Isteri Terima Padah Muat Naik Gambar KeterlaluanFad Bocey Dan Isteri Terima Padah Selepas Muat Naik Gambar Keterlaluan Ini.. … Read More...
Masya Allah!! Kisah Benar Azan Terpaksa Dilaungkan Liang Kubur Jenazah Wanita Jadi Sempit Selesai segala urusan jenazah ,sebagaimana yang dirancang jenazah wanita itu dibawa ketanah pekuburan sebelum kekecohan terjadi. dalam pe… Read More...
MENGAMUK Ditipu Dress Buruk Dari Fashion Designer TERKENAL Sudah menjadi trend masa kini khususnya pengantin wanita yang mahu melansungkan perkahwinan pasti diiringi oleh bridesmaids dalam kalang… Read More...
Gambar Viral Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Di Thailand Adalah Palsu - PolisGambar Viral Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Di Thailand Adalah Palsu - Polis Menerusi satu kenyataan, Polis Kelantan hari ini telah menafik… Read More...
0 Response to "8 Gambar : Wang 6.5 Billion separuh hangus mayat bergelimpangan"
Post a Comment