Penuntut jurusan Undang-Undang Universiti Malaya, Naseha Uyaina Arshad muncul sebagai juara program 'Pencarian Nona Manis' yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, Ahad.
Pada pertandingan peringkat akhir itu, Uyaina, 24, mengangkat isu bertajuk Perkosaan Dalam Rumah Tangga sebagai tugasan terakhir sekaligus berjaya memikat lima barisan juri profesional yang mengadili para peserta.
Kemenangan itu membolehkan Uyaina membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM15,000, tajaan pakaian dan tudung daripada Blossom Box Store dan Adijuma berserta trofi.
Sumber gambar - http://ift.tt/1IlhZ7C
0 Response to "5 Gambar Menawan Juara Nona Manis TV3 2015..."
Post a Comment